Tempoh Cuti Bersalin Untuk Isteri Dan Cuti Paterniti Untuk Suami Kini Ditambah


Baru-baru ini, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim telah mengumumkan tempoh cuti bersalin kini dilanjutkan daripada 90 hari kepada 98 hari manakala cuti paterniti lelaki dilanjutkan daripada 3 hari kepada 7 hari.

Tujuan ianya dibuat adalah untuk memberi ruang kepada pekerja lelaki yang isterinya bersalin supaya dapat menguruskan kelahiran anak dalam tempoh mencukupi.

Cadangan ini juga selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian SR.5.4.2 yang menekankan konsep mengutamakan keluarga.

Beliau berkata pindaan itu juga melibatkan pertambahan cuti bersalin dari 60 hari kepada 98 hari selaras Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Dewan Rakyat pada 21 Mac telah meluluskan pindaan Akta Kerja 1955 (Akta 265), yang antara lain mencadangkan agar cuti paterniti dinaikkan daripada 3 hari kepada 7 hari, selepas mendapat sokongan suara terbanyak.

Baca juga:

Syarat Kelayakan:


Berikut adalah syarat-syarat untuk mendapat cuti paterniti:

  1. Pekerja lelaki sektor swasta dan awam.
  2. Kelayakan cuti paterniti terhad kepada 5 kali kelahiran tanpa mengira bilangan isteri.
  3. Cuti bermula pada hari isteri bersalin.
  4. Perlu bekerja sekurang-kurangnya 12 bulan dengan majikan sama.

Sumber: BERNAMA via Berita RTM




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3