Portal 1Malaysia
Portal 1Malaysia
Portal 1Malaysia

Tempat Menarik Putrajaya

Jom jalan ke Putrajaya. Ikuti panduan tempat menarik ini.

by portalmalaysia
August 31, 2023
in Tempat Menarik
A A

Sejak tahun 1999, Putrajaya telah menjadi Pusat Pentadbiran untuk Kerajaan Persekutuan Malaysia; menggantikan Kuala Lumpur.

Putrajaya digelar sebagai ‘ibu kota pintar’ di dalam taman, yang terletak 25 kilometer dari Selatan Kuala Lumpur. Ia adalah bandaraya futuristik dan juga Wilayah Persekutuan ke-tiga bagi negara Malaysia.

Ha..bunyi macam canggih kan Putrajaya ni. Jika ia membuatkan anda ragu-ragu untuk datang bercuti ke Putrajaya kerana bimbang tiada tempat menarik, anda boleh berhenti risau. Di sini Admin akan mencadangkan beberapa tempat tarikan yang ada di Putrajaya yang pastinya berbaloi untuk anda kunjungi.

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

1. Inara Kafe Putrajaya di Ayer@8

Inara Kafe Maps

inara kafe

Kalau ke Putrajaya cuba pergi cafe ini. Memang menakjubkan, sebab Inara Kafe ni cantik betul, ada macam-macam pokok bunga.

Interior design Inara Kafe juga sangat cantik dan aestetik. Kalau nak upload gambar cantik dekat ig atau video fyp, boleh pergi cafe ini.

Untuk makanan disini, mereka khusus makanan asian cuisine dan makanan disediakan chef yang pastinya sedap! Untuk minuman boleh order Sea Salt Caramel Latte, segar sangat!

Lihat Juga  70+ Tempat Menarik Di Penang Waktu Malam & Siang

Inara Kafe buka setiap hari kecuali isnin. Jadi jemput datang!

2. Taman Botani Putrajaya

Tempat Menarik Putrajaya 1
Kredit: mdfaiez84.com

Pada tahun 2018, Taman Botani Putrajaya mendapat penganugerahan sebagai Taman Paling Menakjubkan untuk seluruh Asia ketika Pameran Bunga Perdana di Chelsea.

Terdapat lapan tema tanaman/botani di sini, iaitu;

  • Lawn and Gramineae
  • Bambusetum
  • Malaysian Ulam & Medicinal
  • Aboriginal Medical Plant
  • Edible Fruit Arboretum
  • Ecological Pond
  • Forest Fringe
  • Zingiberales

Yang menariknya, jika anda adalah seorang penggemar seni budaya Morocco, di sini terdapat Islamic Garden @ Moroccan Pavilion yang boleh anda lawati. Ia dibina bercirikan rekaan Maghribi. Ianya adalah sebuah bangunan replika yang anda boleh masuk dan amati ciri-ciri rekaannya. Memang cantik.

Tempat Menarik Putrajaya 2
Kredit: illashanahila

2. Escape Ice Rink, IOI Mall (Putrajaya)


Tempat Menarik Putrajaya 3
Kredit: ioicitymall.com.my

 

Anda teringin ke luar negara untuk bermain salji? (macam admin). Kini tidak perlu lagi untuk anda hanya berangan-angan bermain salji di London. Dan juga tidak perlu  bersusah payah packing baju untuk bercuti keluar negara pada musim salji. Sekarang anda boleh meluncur ais di Putrajaya secara indoor. Yang bestnya, tak perlu tunggu musim salji pun. Anda boleh menikmati best ini bila-bila masa sahaja, tanpa perlu risau dengan musim.

Lihat Juga  Senarai KWSP KIOSK

Dengan suatu bayaran yang telah anda bayar, anda sekeluarga dibenarkan untuk bermain salji atau meluncur ais tanpa perlu bimbang dengan had masa. Jadi, anda boleh bermain sehingga puas!

Jika anda tidak bermain dan hanya ingin memerhati sahaja aak-anak anda, jangan risau, kerusi yang selesa ada disediakan di situ. Paling best dan mungkin tidak ada pada tempat lain, para pengunjung Escape Rink di IOI Mall Putrajaya ini dibenarkan untuk membawa makanan masuk makanan luar. Hooray!

 

 

3. G2G Animal Garden


Tempat Menarik Putrajaya 4
Kredit: lokasipercutian.com

 

Jika anda bersama keluarga dan mempunyai anak-anak kecil juga, admin cadangkan supaya anda sekeluarga ke G2G Animal Garden. G2G tu adalah nama singkatan untuk Goat 2 Go Animal Garden.  Ia adalah sebuah petting zoo yang lokasinya terletak di Sri Kembangan, iaitu hanya berjarak lebih kurang 4 km dari pusat membeli belah  IOI City Mall.

Dah siap shopping dan bermain ice skating di situ, anda bolehlah pula menuju ke sini. Asyik ke tempat berhawa dingin sahaja kan, bosan juga. Sekali-sekala perlu juga berinteraksi dengan alam sekitar. Ha gitu..

Lihat Juga  Tempat Menarik Di Sabah

Walaupun anda tidak berada di kawasan kampung, melalui kunjungan anda di sini, sedikit sebanyak anda sekeluarga terutamanya anak-anak anda mengenali lebih dekat dengan haiwan-haiwan seperti kambing, arnab, burung kakak tua, kuda padi dan sebagainya. Kalau tak silap admin, anda juga boleh membeli makanan haiwan dan memberi haiwan tersebut makan.

Tempat Menarik Putrajaya 5
Kredit: lokasipercutian.com

Bagi anak-anak yang teringin menunggang kuda, di sinilah tempatnya. Jangan risau, kuda di sini jinak-jinak belaka. Dan ada staff zoo yang akan kendalikan kuda. Anda atau anak anda hanya perlu duduk sahaja (dan jangan lupa ambil gambar!, bukan senang nak dapat peluang tunggang kuda tau)

 

Kesimpulannya, di sebalik bangunan-bangunan yang pesat membangun dan pelbagai tarikan moden disediakan di Putrajaya, terdapat juga kawasan-kawasan rekreasi atau taman haiwan yang dibina untuk kunjungan orang awam. Jadi, berada di bandar ,tidak semestinya tempat percutian anda hanya terhad pada kawasan berhawa dingin sahaja. Jom pergi Putrajaya!

No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Data Protection Notice
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Sitemap Portal Malaysia
  • Term & Condition

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3

  • 4shares
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Facebook Messenger
  • Facebook
  • 4shares
  • 3
  • 1
  • 0
  • Facebook
  • Facebook Messenger
×