Tempat Menarik Dan Seronok Bercuti Di Langkawi
Ingin bercuti di langkawi? Jom lihat senarai tempat menarik untuk dilawati di Langkawi!
Senarai tempat Menarik Bercuti Di Langkawi
Pantai Cenang Langkawi
Rugilah kalau pergi ke Pulau Langkawi jika tidak menikmati pasir putih bersih & gelombang air pasang surut yang mendamaikan.
Ini adalah salah satu pantai yang tenang & indah di antara pulau-pulau Langkawi. Gelombang air pasang surut yang sangat mendamaikan akan membuatkan anda rasa tenang.
Pantai Tanjung Rhu
Ini adalah satu lagi pantai yang popular di Langkawi. Pantai Tanjung Rhu terletak di timur laut Pulau Langkawi & merupakan sebuah tanjung,
Taman Marin Pulau Payar
Pulau Payar pula terletak jarak 17km dari Langkawi & ia adalah gugusan tiga pulau kecil yang di Langkawi.
Kami cadangkan bagi anda untuk menempah servis scuba diving & snorkeling jika anda sukakan air sebagai aktiviti yang anda boleh dilakukan di sana.
Taman Kilim Geo Forest
Kilim Geopark tempat menarik untuk dilawati sewaktu anda bercuti di sini. Ia mempunyai alam semulajadi yang menarik seperti paya bakau, pantai yang masih lagi cantik dengan batu unik dengan struktur menegak.
Gunung Raya
Jika anda sukakan udara segar marilah mendaki gunung tertinggi di sini selepas menjamu mata dengan keindahan pantai di Langkawi.
Air Terjun Telaga Tujuh
Selepas penat berjalan tentulah seronok mandi di Air terjun telaga tujuh dari puncak gunung di Pulau Langkawi.
Hutan Lipur Air Terjun Temurun
Jangan risau banyak pilihan air terjun yang cantik di Langkawi antarnya Air Terjun Hutan Lipur Temurun.
Tasik di Pulau Dayang Bunting

Dah cukup mandi manda di air terjun , marilah kita pusing-pusing ke Pulau Dayang Bunting. Uniknya ada kisah lagenda tentang dayang mengandung (bunting) di pulau ini.
Taman Lagenda
Taman Lagenda adalah satu taman riadah untuk lepak, beristirehat dan menikmati keindahan landskap taman.
Kereta Kabel Langkawi, Idea Tinjau Tempat Menarik di Pulau Langkawi
Mana lagi kalau tidak naik kereta kabel, sebab itulah kami letak tempat menarik ini di tempat pertama. Dengan tinggi 713meter kereta kebal ini memudahkan pelancong melihat barat laut Pulau Langkawi.
Sunset Dinner Cruise Langkawi
Kehebatan pemandangan matahari terbenam di Selat Melaka boleh disaksikan.
Alamat Sunset Cruise
Koordinat : 7P5P + WF Langkawi, Kedah
Lokasi : JI. Teluk Baru, 07000 Langkawi, Kedah.
No Telefon : 012-221 7190
Sky Bridge Langkawi
Walaupun banyak kali menaiki kereta kabel di Langkawi, tidak akan sama pengalaman yang kita dapat ketika mengunjungi waktu senja, jadi marilah berjlan di sky bridge ini.
Oriental Village
Tempat menarik yang terletak di kaki Gunung Mat Cincang adalah Oriental Village yang menjadi tarikan F1 Simulator, kereta kabel ke puncak gunung, 6D Cinemotion, 3D Art Museum, restoran makanan antarabangsa & tempat penginapan yang menarik.
Kuah Langkawi
Kuah adalah lokasi yang tidak asing lagi bagi mereka yang ingin membeli-belah dan shopping yang best seperti kain batik, coklat, pinggan-mangkuk dan lain-lain lagi.
Jangan risau kalau tempat yang kami senaraikan tidak cukup, banyak lagi tempat menarik di Langkawi! Jom bercuti di Lnagkawi!
Semoga anda seronok bercuti di Langkawi!