Tempah Janji Temu Dos Penggalak Bermula 21 Mac Di Aplikasi MySejahtera


Orang ramai kini boleh membuat janji temu untuk dos penggalak melalui Booking Management System di aplikasi MySejahtera untuk tempahan slot bermula 21 Mac ini di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Corporation Sdn Bhd Datuk Dr Anas Alam Faizli berkata tempahan melalui aplikasi itu adalah inisiatif kerajaan selain janji temu yang telah ditetapkan oleh aplikasi MySejahtera.

Ia bertujuan meluaskan lagi liputan dan mempercepatkan vaksinasi dos penggalak dalam kalangan rakyat Malaysia sebelum status vaksinasi penuh ditarik balik daripada penerima vaksin primer lengkap (dos 1 dan dos 2) bagi yang tidak mendapatkan dos penggalak selewat-lewatnya 31 Mac ini.

Memandangkan Malaysia akan beralih ke fasa peralihan kepada endemik mulai 1 April 2022 ini, diharapkan kemudahan ini dapat menggalakkan masyarakat mendapatkannya terutamanya kepada warga emas bagi memastikan fasa peralihan kepada endemik dapat dilaksanakan dengan selamat.

Selain itu menurut Dr Anas, warga emas yang tidak divaksinasi atau tidak diberi suntikan dos penggalak dengan komorbiditi mempunyai risiko kematian yang lebih tinggi jika mereka dijangkiti COVID-19.

Memandangkan Ramadan semakin menghampiri, dinasihatkan agar golongan ini segera mendapatkan dos penggalak secepat mungkin.


Untuk melihat senarai PPV pilihan yang berdaftar di bawah ProtectHealth sebagai senarai rujukan di ‘Find Vaccination Centre (PPV)‘.

Disclaimers – Bahan yang portalamalaysia share diatas hanyalah panduan tutorial dan ringkasan yang related dengan “Tempah Janji Temu Dos Penggalak Bermula 21 Mac Di Aplikasi MySejahtera” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia