Skim Pembiayaan Program TemanNita adalah pembiayaan mikro yang digunakan untuk membiayai secara berkumpulan khusus untuk kaum wanita .
Ia bertujuan membantu usahawan wanita bumiputera mendapatkan pembiayaan secara berkumpulan dengan lebih mudah, cepat dan efisien untuk keperluan perniagaan serta membantu dan membimbing usahawan melalui pembentukan sistem sokongan.
Baca juga: Jom Mohon i-Suri KWSP 2022
Senarai Kandungan
Kelebihan Program
Kelebihan dan perbezaan Program TemanNita adalah seperti dibawah:
- Caj perkhidmatan yang terendah 4% setahun dikalangan Institusi Mikro Kredit di Malaysia.
- Ahli khusus untuk wanita sahaja.
- Perjumpaan mingguan dibuat dilokasi yang berdekatan dengan tempat perniagaan dan dalam tempoh yang singkat.
Jenis Pembiayaan
Jenis pembiayaan yang ditawarkan di bawah program ini adalah seperti berikut:
- Pembiayaan Pertama dari RM1,000 Sehingga RM10,000
- Pembiayaan Kedua RM1,000 sehingga RM20,000
Syarat-syarat
- Bumiputera sahaja.
- Wanita yang mempunyai perniagaan sah sahaja.
- Semua jenis perniagaan yang sah disisi undang-undang dan mengikut syariah.
- TemanNita wajib hadir ke perjumpaan mingguan dan membuat bayaran pembiayaan setiap minggu*
- Perjumpaan secara mingguan dan di dalam kes tertentu dibenarkan minima hadir 2 kali dalam sebulan dengan persetujuan pihak TEKUN.
- Bayaran balik setiap minggu, dua minggu sekali & sebulan sekali DIBENARKAN tanpa pengurangan jumlah bayaran balik yang telah ditetapkan di dalam Perjanjian Pembiayaan.
- Jumlah dan tempoh pembiayaan adalah sama bagi setiap ahli kumpulan.
- Penyelesaian awal pembiayaan bagi mana mana ahli / kumpulan dibenarkan selepas 6 bulan dari tarikh permohonan terdahulu diluluskan.
- Sekiranya ahli meninggal dunia, membuat penyelesaian awal, berpindah dan lain-lain, tidak perlu membuat penggantian ahli kumpulan.
- Semua ahli kumpulan ( 5 orang ) dibenarkan membuat pembiayaan serentak tanpa menunggu prestasi ahli lain kerana semua sudah menjalankan perniagaan.
- Proses kelulusan yang cepat di dalam tempoh 14 hari bekerja
Cara Permohonan
Permohonan boleh dipohon melalui 2 kaedah:
1. Pejabat cawangan berhampiran.
- Senarai pejabat cawangan >> https://www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/
2. Secara dalam talian >> https://tekunfin.tekun.gov.my/login
Maklumat Lanjut
- Talian Khidmat Pelanggan 03 9058 8550
- Layari laman web rasmi >> www.tekun.gov.my
Disclaimers – Bahan artikel portalamalaysia share dihalaman ini merupakan panduan tutorial dan ringkasan artikel berkaitan dengan “Skim Pembiayaan Program TemanNita TEKUN Khas Untuk Usahawan Wanita” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.