Portal 1Malaysia
Portal 1Malaysia
Portal 1Malaysia

Telur Buruk, Ini 4 Cara Periksa Telur Sebelum Guna

by portalmalaysia
June 4, 2020
in Kesihatan
A A

Semalam admin adak kongsi Kes keracunan puding buih yang menyebabkan 1 Kematian semalam yang melibatkan seorang wanita berumur 25 tahun dimana melibatkan 99 orang dari 20 keluarga yang bergejala.

Punca keracunan tersebut dikatakann merupakan dari penggunaan telur buruk atau telur tamat tempoh, jika anda peniaga makanan, penjual telur mahupun pembeli, pastikan anda peka hal tersebut supaya kualiti kebersihan lebih terjaga.

Senarai Kandungan

  • Kesan Kuman Salmonella Di Telur
  • 1. RENDAM TELUR DALAM AIR
  • 2. LIHAT KEADAAN KUNING DAN PUTIH TELUR
  • 3. HIDU AROMA TELUR
  • 4. LIHAT TARIKH LUPUT TELUR

Kesan Kuman Salmonella Di Telur


  • Demam,
  • Muntah
  • Sakit perut
  • Kematian

Di bawah ini adalah perkongsikan 4 cara mudah untuk kenal pasti tahap kesegaran telur sebelum anda guna yang dikongsikan oleh Food Safety Malaysia.

Telur Buruk, Ini 4 Cara Periksa Telur Sebelum Guna 1

SALAH TELUR RUPANYA…

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Telur mempunyai selaput protein nipis yang wujud secara semulajadi yang dipanggil sebagai ‘cuticle’. Selaput ini bertujuan melindungi kandungan dalam telur daripada dicemari oleh bakteria. Manakala kulit telur pula mempunyai liang-liang halus di seluruh permukaan bagi menahan kemasukan bakteria dan juga udara dari persekitaran.

Lihat Juga  Apa Itu Kencing Manis?

Menurut satu kajian saintifik, tahap kualiti selaput perlidungan ini mempengaruhi tahap kesegaran telur tersebut. Di mana, telur lama atau telur tamat tempoh akan mempunyai selaput perlindungan yang nipis serta liang-liang halus di permukaan kulit yang semakin terbuka. Keadaan ini menyebabkan telur akan mudah dicemari oleh bakteria!

Telur Buruk, Ini 4 Cara Periksa Telur Sebelum Guna 2

1. RENDAM TELUR DALAM AIR


Ini adalah teknik yang paling popular iaitu dengan merendam telur dalam semangkuk air sejuk dan lihat sama ada telur tadi tenggelam atau terapung. Telur segar akan tenggelam di dasar manakala telur lama akan terapung di permukaan. Kenapa ini berlaku? Ini kerana semakin lama usia telur itu, semakin banyak udara yang memasuki telur melalui liang-liang halus tadi dan menyebabkan telur semakin mudah untuk terapung!

Lihat Juga  Cara Kira BMI

2. LIHAT KEADAAN KUNING DAN PUTIH TELUR


Teknik ini memerlukan telur dipecahkan terlebih dahulu kerana kita akan melihat keadaan kuning dan putih telur secara visual. Telur segar akan mempunyai kuning telur yang masih kental, elok bentuk bulatnya. Manakala keadaan kuning telur lama pula agak meleper dan agak cair (bentuk bulat tidak elok), malah kadang-kala ada yang melekat pada kulit telur. Perhatikan juga keadaan putih telur, jika warnanya keruh dan keadaannya agak melekit serta tidak cair ianya masih segar. Manakala jika warnanya agak jernih dan keadaannya cair makan ianya sudah lama.

3. HIDU AROMA TELUR


Telur yang sudah rosak akan mengeluarkan bau busuk átau orang dulu-dulu panggil ‘Telur Tembelang’. Kalau terpecah telur tembelang ni dalam rumah, mahu pengsan seisi keluarga anda dek tak tahan menahan bau busuknya.

4. LIHAT TARIKH LUPUT TELUR

Lihat Juga  MySalam Tuntutan Covid - Boleh Tuntut Sehingga RM700!

Kebanyakan telur yang dijual di pasaraya selalunya telah dibungkus dan ditandakan dengan tarikh luput sama ada pada kotak bungkusan atau permukaan kulit telur itu sendiri. Namun, jika anda membeli dari kedai runcit atau pasar borong mungkin telur tidak ada ditandakan dengan tarikh luput tapi anda boleh bertanya bilakah tarikh telur tersebut diterima oleh penjual tersebut. Sekurang-kurang tarikh itu dapat dijadikan rujukan kepada anda.

Antara tanda tanda lain yang boleh dikenalpasti adalah seperti gambar berikut:

  • Kulit Retak (Wajib Buang)
  • Warna Putih Telur Berubah
  • Kulit & Lapisan Berdebu
  • Kulit Berlendir

Telur Buruk, Ini 4 Cara Periksa Telur Sebelum Guna 3

KESIMPULANNYA, jom kita ambil peduli tahap kesegaran telur sebelum memasak! Kita tidak memerlukan alat analisis yang mahal atau canggih untuk memeriksa tahap kesegaran telur tersebut, malah kita juga tidak perlu menjadi seorang doktor atau saintis untuk mengenal pasti sama ada telur tersebut masih segar ataupun sudah rosak. Semuanya boleh dilakukan sendiri dengan mengamalkan empat cara mudah tadi.

Sumber :

  • Public Health Malaysia
  • Food Safety Malaysia

Menu Utama

  • Bantuan
  • KPM
  • KWSP
  • Portal Rasmi
  • Jawatan Kosong Kerajaan 2023
  • Islam
  • Gosip Artis Malaysia
  • Hardwarezone
  • Techcentral
  • Isu Semasa
  • Resepi
  • Bola Sepak
  • Tempat Menarik
No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Data Protection Notice
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Sitemap Portal Malaysia
  • Term & Condition

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3

  • 24shares
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Facebook Messenger
  • Facebook
  • 24shares
  • 2
  • 1
  • 0
  • Facebook
  • Facebook Messenger
×