Teknologi Ofsaid Baharu Bakal Diuji!


UEFA. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.


Teknologi Ofsaid Lebih Cepat dan Lebih Tepat

UEFA telah mengumumkan pengenalan teknologi ofsaid separa automatik yang akan debut dalam Piala Super dan digunakan dalam Liga Juara-Juara pada musim 2022-23.

Pengenalan SOAT akan “membolehkan pasukan VAR menentukan situasi ofsaid dengan cepat dan lebih tepat” serta UEFA berkata ia akan beroperasi hasil dari kamera khusus yang mampu menjejaki 29 mata badan yang berbeza bagi setiap pemain.

Teknologi tersebut akan diitetapkan untuk digunakan dalam perlawanan Piala Super antara Real Madrid dan Eintracht Frankfurt di Helsinki pada 10 Ogos nanti.


UEFA berkata teknologi itu telah diuji sebanyak 188 kali sejak 2010 termasuk semua perlawanan dalam Liga Juara-Juara musim lalu, perlawanan kalah mati dalam Liga Juara Wanita dan semasa Euro Wanita UEFA, serta perlawanan akhir pertandingan kelab yang lain.

“UEFA sentiasa mencari penyelesaian teknologi baharu untuk menambah baik permainan dan menyokong kerja pengadil,” kata Ketua Pegawai Pengadil UEFA Roberto Rosetti dalam kenyataan akhbar.

“Sistem ini sedia untuk digunakan dalam perlawanan rasmi dan dilaksanakan di setiap venue Liga Juara-Juara.”


UEFA juga mengumumkan bahawa pengadil Inggeris, Michael Oliver akan merasmikan perlawanan akhir Piala Super yang akan dibantu oleh rakan senegara, Stuart Burt dan Simon Bennett.

Rumsas Donatas (Lithuania) akan bertindak sebagai pegawai keempat, manakala peranan VAR telah diberikan kepada Tomasz Kwiatkowski (Poland) dan beliau akan dibantu oleh rakan senegaranya Bartosz Frankowkski, serta Tiago Bruno Lopes Martins (Portugal).




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3