Teguran Terbuka Untuk Aliff Syukri Dan Baby Shima – Pu Syed


Sebelum ini tular dimana usahawan kosmetik terkenal iaitu Aliff Syukri telah memuat naik video terbarunya di laman Instagram miliknya.

Didalam video itu dia menyatakan akan mengeluarkan single terbarunya bersama penyanyi dangdut tanah air Baby Shima.

Rata-rata netizen mengecam tindakkan Aliff Syukri itu kerana didalam video tersebut Baby Shima bergelek dengan ghairah bersama Aliff Syukri.


Tidak mendiamkan diri seirang pendakwah bebas PU Syed Syed Mohd Bakri Syed Ishak untuk memberi teguran secara terbuka.

 

 

Sekali lagi Aliff Syukri buat kontroversi dengan merakamkan album atau lagu dangdut terbaharu. Saya tak pasti sama ada sedar atau tak perbuatan merakamkan lagu dangdut kalau berunsur keagamaan atau bagi nasihat tak jadi masalah.

Tapi jemput artis yang goyang gerudi dan macam-macam. Saya tak kenal siapa artis tersebut. Cuma saya harap pihak Alif Syukri tidak menerbitkan lagu ini dan tidak didedahkan kepada masyarakat. Ini bukan sesuatu yang sihat.

Bayangkan anak kamu melihat wahai Aliff Syukri, isteri kamu yang menutup aurat itu melihat, anak perempuan kamu, anak lelaki kamu dan ibu kamu melihat perbuatan kamu sekarang. Apa yang kamu mahu dedahkan kepada masyarakat.

Cukup kenyangkah kamu dengan kecaman orang? Sering kali kamu keluarkan kontroversi sampai terpaksa orang lain pula bagi nasihat.

Adakah kamu nak macam itu? Adakah kehidupan kamu untuk menyenangkan perut hati kamu semata-mata? Tidakkah kamu suka menggembirakan agama Allah SWT. Cukuplah kemungkaran yang berlaku di depan mata. Jangan tambah lagi.

Kamu ada nama dan pangkat, tolonglah berfikir sebelum melakukan perbuatan mungkar. Fikir halal haram, fikir pahala dan dosa dan fikir mati kita.

Saat kematian kita bagaimana. Adakah kamu bersedia untuk menanggung segala dosa penonton yang menonton video dangdut mengarut kamu ini?

Fikirkan bersama wahai Aliff Syukri. Datuk Seri minta maaf saya tak sebut pangkat. Yang penting nama kamu Aliff Syukri, yang penting kamu takut kepada Allah SWT lebih daripada kamu takut kehilangan harta sendiri.

Teguran terbuka itu, telah dimuat naik di akaun Instagram dan Tiktok milik PU Syed. Rata-rata netizen bersetuju dengan teguran yang diberikan oleh penceramah bebas itu




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3