Hi, korang tengah cari resepi kuih bakar yang paling sedap ke tu? Mari kami sharekan kepada anda resepi kuih bakar yang sedap.

Asas resepi kuih bakar yang sedap ialah dengan menggunakan pandan segar dan santan segar untuk naikkan rasa sedapnya.
Bahan Resepi Kuih Bakar
7 orang
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
- 5 helai daun pandan besar (jadikan 1 cawan jus)
- 1 cawan gula perang
- 2 cawan santan segar
- Garam secukup rasa
- 2 cawan tepung gandum
- 3 biji telur gred A
- 2 sudu butter
- Bijan secukupnya
Cara Penyediaan Resepi Kuih Bakar
40 minit
- Kisar daun pandan dengan secawan air masak.
- Kemudian tapis daun pandan dan ambil jusnya sahaja. Makin pekat jus, makin cantik resepi kuih bakar nanti.
- Kemudian, kisar semua bahan untuk buat kuih bakar tadi termasuk jus pandan tadi.
- Rasa adunan tersebut. Pastikan ianya sedap dan manis. Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang bulat 24 cm. Tabur bijan secukupnya.
- Bakar adunan selama 40 minit dengan suhu 170 darjah celcius. Tunggu sehingga sedikit sejuk sebelum dihidang.
Tentang Resepi Kuih Bakar
Kuih bakar adalah antara kuih yang sangat popular di ketika ramadhan. Resepi kuih bakar yang sedap terletak pada bahan-bahannya yang segar dan sedap.
Jangan lupa share dan sebarkan resepi ini ke rakan-rakan anda yang lain. Terima kasih! 🙂