Pos laju telah mencipta satu aplikasi pada 17 Ogos 2020 dan aplikasi ini bertujuan untuk menjimatkan masa dan memudahkan penghantaran. Pelanggan yang menggunakan Pos laju boleh membuat e-Nota Konsainan (e-connote) melalui Mobile App kemudian print di kaunter Pos Laju. Anda boleh memuat turun di Google Play store atau Apple store dan melalui aplikasi ini, penghantaran akan menjadi lebih mudah dan efisien.
Berikut ialah kemudahan yang pengguna boleh dapat dengan menggunakan aplikasi ini iaitu pengguna boleh mencetak 20 nota konsainen sekali gus, jimat masa kerana tidak perlu dibuat secara manual atau tulis tangan, pengguna juga boleh simpan alamat pelanggan di dalam aplikasi dan akhir sekali pengguna boleh menjejak dan kesan bungkusan pos.
Baca perkongsian di bawah mengenai e-Nota konsainen terbaru ini :
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Cara Guna e-Nota Konsainan Poslaju
Kini anda tidak perlu penat mengisi borang poslaju lagi untuk menghantar barangan, anda hanya boleh menggunakan aplikasi untuk membuat e-Nota Konsainan. Berikut ialah cara menggunakannya :
- Klik pada “new consignment” untuk membuat e-Nota Konsainan
- Jika anda mempunyai banyak pesanan yang perlu dihantar, anda boleh cetak 20 sekaligus
- Jika anda mempunyai pelanggan tetap atau pelanggan yang sama membuat pesanan, anda boleh simpan alamat pelanggan anda di aplikasi
- Untuk menjejak dan mengesan barangan yang telah dihantar, anda boleh pilih butang notifikasi
Cara Muat Turun
Untuk memuat turun aplikasi ini, anda boleh mendapatkannya di Apple Store untuk IOS dan Google Play Store untuk Android seperti pautan di bawah :
Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk ke laman web Pos Malaysia Berhad atau di Laman Facebook Pos Malaysia Berhad untuk mengetahui secara terperinci tentang e-Nota Konsainan, atau rujuk ke :
Alamat Pos Malaysia : Pos Malaysia Headquarters, Dayabumi Complex 50670 Kuala Lumpur Malaysia
Sumber : Facebook Pos Malaysia Berhad