TCEC Bakal Bawa Masuk Kereta Elektrik Renault Zoe Ke Malaysia


TC Euro Cars (TCEC) adalah pemegang francais tunggal kenderaan Renault di Malaysia hari ini telah mengumumkan membawa masuk kenderaan elektrik sepenuhnya iaitu Renault Zoe baharu dengan pendaftaran minat sudah pun dibuka. Bagi pasaran Malaysia, TCEC akan menawarkan dua varian Renault Zoe iaitu R110 and R135 dengan konfigurasi motor yang berbeza.

Dengan rangkaian kuasa yang telah dinaik taraf ini akan menjanjikan pengalaman pemanduan yang lancar dan responsif. Ditawarkan pada harga RM163,000, Zoe R110 baharu menawarkan kuasa maksimum 80kW dan tork 225Nm untuk pemanduan yang cekap.

Sumber: youtube


Dengan itu, Renault Zoe baharu R135 yang lebih berkuasa bakal menawarkan kuasa 100kW dan tork maksimum 245Nm. Harga rasmi untuk Zoe R135 baharu masih belum ditetapkan tetapi ia dijangka sekitar RM175,000. Zoe R110 dan R135 dikuasakan oleh bateri 52 kWh Z.E. 50 baharu daripada Renault yang mampu menawarkan jarak sehingga 395 kilometer (km) berdasarkan kepada standard WLTP, peningkatan sebanyak 25 peratus berbanding bateri generasi sebelumnya tanpa penambahan dari segi dimensi.

Disamping itu, Renault Zoe baharu juga menawarkan keupayaan pengecasan pantas (DC) menerusi penambahan plug Combo CCS2 ke dalam pilihan pengecasan Type 2 arus ulang alik (AC) sedia ada. Dengan pengecasan DC, Renault Zoe baharu mampu mencapai jarak sehingga 145km apabila dicas selama 30 minit. Melalui pengecasan AC Type 2, Zoe baharu boleh dicaj daripada kosong hingga 100 peratus dalam masa tiga jam (menggunakan pengecas 22 kW) dan sembilan jam 30 minit (dengan pengecas 7.4 kW).

Sumber: google image


Sementara itu, dari aspek kokpit, Renault Zoe baharu menerima rekaan dalaman baharu yang merangkumi kluster instrumen bersaiz 10 inci TFT yang boleh diubah suai, di samping sistem multimedia EASY LINK Renault bersama enam unit pembesar suara. Sistem infohibur yang telah dibaik taraf itu turut menampilkan skrin sentuh bersaiz tujuh inci dengan replikasi telefon pintar yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay.

Renault turut menggunakan material yang beretika dan lestari ke dalam ruang kabin pada tekstil tempat sentuhan utama. Aspek keselesaan dan ergonomik yang telah dipertingkatkan menawarkan pemanduan lebih menyeronokkan kepada pemandu dan penumpang.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3