Tayangan Filem Thor: Love And Thunder Tidak Akan Ditayangkan Di Malaysia – GSC

Berita duka buat peminat Marvel, pihak Golden Screen Cinema (GSC) sebentar tadi memaklumkan bahawa filem Thor: Love and Thunder tidak akan dikeluarkan di Malaysia.

Menerusi kenyataan di Facebook, GSC berkata pembatalan tayangan itu telah diputuskan, “Dimaklumkan bahawa Disney telah memberi kemas kini terbaru bahawa Thor: Love and Thunder tidak akan ditayangkan di Malaysia.

“Kami memohon maaf di atas segala kesulitan dan menghargai kesabaran anda,” kata GSC.

Tayangan Filem Thor: Love And Thunder Tidak Akan Ditayangkan Di Malaysia – GSC 2

Pengumuman itu sekaligus mehentikan teka-teki peminat filem adiwira tersebut dekat Malaysia yang sebelum ini beberapa kali ditangguhkan.

Maklumat lanjut mengenai pembatalan tayangan filem itu tidak didedahkan.

Terdahulu, filem itu sebenarnya ditayangkan pada 7 Julai 2022 tetapi ia ditangguhkan kepada tarikh baharu iaitu pada 21 Julai 2022.

Tidak lama selepas itu, GSC sekali lagi mengumumkan bahawa status tarikh tayangan masih lagi belum ditetapkan atau To Be Announced (TBA).

Filem tersebut merupakan sebagai sekuel kepada Thor, Thor: The Dark World, Thor: Ragnarok  menjadi filem ke-29 dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).

Waktu ditayangkan pada 8 Julai lalu, filem itu dilaporkan telah mendapat kutipan sebanyak AS$ 600 juta di seluruh dunia. Peminat filem MCU di Malaysia mungkin boleh nantikan Thor Love and Thunder ditayangkan menerusi servis penstriman Disney+ Hotsar nanti.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3