Tawaran Perlindungan Insurans Hayat Percuma Untuk Rakyat Selangor


Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) adalah skim perlindungan insurans negeri pertama di Malaysia yang memberikan perlindungan keselamatan kepada penduduknya tanpa mengira latar belakang.

Perlindungan insurans am berkumpulan dengan kos premium ini ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri ini bakal melindungi enam juta individu merupakan bukti keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap nasib rakyatnya.

Menerusi Skim INSAN ini, setiap individu akan menerima perlindungan RM10,000 untuk kematian, kemalangan dan kecederaan mengikut jenis.

Baca juga:

Syarat Kelayakan:


Berikut adalah syarat utama untuk memohon:

  1. Pemohon mestilah berusia 30 hari ke 80 tahun.
  2. Pemohon mestilah lahir di Selangor.
  3. Pemohon mestilah menjadi pengundi di Selangor.

Tarikh Pendaftaran Dibuka:


Skim insurans hayat ini dibuka untuk pendaftaran bermula 1 Oktober ini.

Kepentingan Insurans Hayat:


Berikut merupakan antara kepentingan insuran hayat:

  1. Memastikan agar keluarga terdekat anda mempunyai wang tunai dan pendapatan selepas kematian anda agar mudah bagi mereka untuk membayar bil, cukai dan obligasi-obligasi lain.
  2. Supaya keluarga terdekat anda dapat terus mengekalkan taraf hidup mereka selepas kematian anda.
  3. Agar anak anda mempunyai wang untuk pendidikannya.
  4. Supaya anda mempunyai pelan tabungan untuk masa hadapan agar apabila bersara, anda akan mempunyai punca pendapatan berterusan.
  5. Agar anda mempunyai pendapatan sampingan apabila pendapatan anda berkurangan berikutan penyakit yang serius atau kemalangan.

Maklumat Lanjut:


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook terkini Menteri Besar Selangor, Aminudin Shari atau laman web beliau.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3