Beberapa hari yang lalu, plaza tol digemparkan dengan berita kegagalan pengesanan RFID yang mengakibatkan kesesakan lalu lintas di kawasan tol. Ada diantara pengguna yang terpaksa mengundurkan kenderaan dan membuka semula pelekat RFID mereka.
Pelekat RFID adalah pelekat yang amat sensitif dan boleh rosak jika ia dikopek untuk dilekatkan pada kenderaan lebih daripada sekali. Rungutan daripada pengguna telah terbalas apabila pihak PLUS telah mengambil tindakan penambahbaikan segera iaitu dengan menggandakan kehadiran petugas mereka di plaza tol selain meningkatkan keterlihatan papan tanda arah bagi pengenalan lorong RFID.
Pengguna lebuh raya dibawah kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang mengalami kerosakan pelekat sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) akan menerima gantian pelekat itu secara percuma.
Baca juga:
- Pelaksanaan RFID Secara Menyeluruh Mulai Januari 2022
- Cara Register RFid Touch n Go (Beli Dan Pasang)
Cara Penggunaan RFID Yang Betul:
Mulai 15 Jan 2022, transaksi tol menggunakan RFID untuk kenderaan ringan kelas 1 akan dilaksanakan di Lebuhraya Utara-Selatan dari Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor.
Sistem RFID dilancarkan bagi memudahkan pengguna lebuh raya untuk menikmati perjalanan lebih lancar tanpa perlu berhenti di lorong smart tag / touch n go dan bergerak di lorong RFID dengan kelajuan 30 km/j.
RFID juga menawarkan tambah nilai tanpa tunai melalui penggunaan e-dompet Touch ‘n Go tanpa perlu lagi mengunjungi kaunter tambah nilai,
Langkah Penggantian Pelekat RFID Rosak:
Untuk pembelian Tag RFID dari pusat pemasangan RFID, berikut adalah senarai tempat untuk memohon penggantian di pusat pemasangan RFID.
Untuk pembelian Tag RFID dari kedai Flagship TNG, Touch ‘n Go eWallet atau mana-mana peruncit rakan kongsi TNG.
Bagi RFID Tag yang didaftarkan di TNG RFID Portal, anda boleh memohon penggantian untuk sekali melalui Portal TNG RFID:
- Langkah 1: Log masuk ke akaun Portal TNG RFID.
- Langkah 2: Pergi ke MY RFID TNG dan pilih My Vehicle
- Langkah 3: Pergi ke Actions dan pilih Request replacement tag
- Langkah 4: Isikan maklumat anda dengan sewajarnya.
Maklumat Lanjut:
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Touch n Go atau hubungi talian careline +603 2714 8888.