Tawaran Kursus Sarjana Pendidikan UPSI (Mod Cuti Sekolah) Kini Dibuka

Mahasiswa lepasan Ijazah Sarjana Muda adalah dialu-alukan untuk menyambung pengajian ke Sarjana Pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) (Mod Cuti Sekolah).

Program ini menawarkan pelbagai kelebihan antaranya:

  • Ijazah dianugerahkan oleh UPSI.
  • Ijazah setara program arus perdana dan diiktiraf di dalam (JPA) dan luar negara.
  • Mod program adalah Mod C secara kerja kursus (Coursework).
  • Penulisan Kertas Projek sekitar 60 halaman di bawah bimbingan penyelia tanpa viva.
  • Kuliah secara bersemuka ketika cuti sekolah penggal mengikut takwim KPM.

Baca juga:

Tarikh Permohonan Dibuka:


Permohonan kini dibuka sehingga 15 November 2022.

Tawaran Kursus:


Berikut adalah antara kursus yang ditawarkan:

  • Pengajian kurikulum-Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris/Sains/Sejarah/Pendidikan Islam/Moral.
  • Psikologi Pendidikan.
  • Sosiologi Pendidikan.
  • Pedagogi.
  • Teknologi Instruksional.
  • Pendidikan Khas Awal Kanak-Kanak.
  • Pendidikan Khas.
  • Pendidikan Sekolah Rendah.
  • Pendidikan Matematik Sekolah Rendah.
  • Pendidikan Sains Sekolah Rendah.
  • Bahasa Melayu.
  • TESL.

Struktur Pengajian:


Berikut adalah struktur pengajian:

Tawaran Kursus Sarjana Pendidikan UPSI (Mod Cuti Sekolah) Kini Dibuka 1

Syarat Kelayakan:


Berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan:

  1. Terbuka kepada pemegang ijazah sarjana muda (semua bidang).
  2. CGPA Ijazah Sarjana Muda mestilah tidak kurang daripada 2.75.
  3. Program Bahasa Melayu dan TESL, minimum CGPA adalah 2.50.
  4. Bagi CGPA kurang daripada 2.75, wajib mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang pendidikan sekurang-kurangnya 5 tahun.

Cara Permohonan:


Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

Langkah 1: Layari laman sesawang portal UPSI.

Langkah 2: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.

Langkah 3: Pastikan semua maklumat permohonan lengkap.

Langkah 4: Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut:


Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang UPSI atau hubungi di talian 03-8922 0952 / 019-559 2782.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3