Tawaran Biasiswa Untuk Pelajar Terengganu Bagi Kemasukan 2022/2023

Yayasan Terengganu menawarkan Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang YT & YT-TI Young Talent Scholarship Programme.

Program ni khas kepada pelajar lepasan STPM/STAM, Asasi, Matrikulasi dan Diploma bagi kemasukan 2022/2023.

Baca juga:

Tarikh Permohonan Dibuka:


Pemohon dibuka mulai 26 September hingga 6 Oktober 2022.

Syarat Kelayakan:


  1. Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.
  2. Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih boleh juga memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat
    akuan bermastautin.
  3. Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.
  4. Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40).
  5. Keutamaan calon yang mempunyai rekod pencapaian ko-kurikulum yang baik sekurang-kurangnya di peringkat negeri / kebangsaan.

Syarat Khusus:


Berikut adalah syarat khusus:

  • Tawaran Pengajian :
    • Telah mendapat tawaran/tempat mengikuti pengajian di Universiti Awam dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  • Lepasan Program Persediaan (Asasi / Matrikulasi / Diploma atau Setaraf) :
    • Telah lulus dengan cemerlang (CGPA 3.75 ke atas) dalam peperiksaan program persediaan (Asasi/Matrikulasi/Diploma atau setaraf) DAN lulus SPM dengan mendapat Gred B+ dalam lapan (8) mata pelajaran termasuk mata pelajaran Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta minimum Band 3 dalam peperiksaan MUET.
  • Lepasan STPM / STAM :
    • Lulus dengan cemerlang (Mumtaz / CGPA 3.75 ke atas) dalam peperiksaan STPM / STAM dan memperolehi Gred B dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa
      Inggeris dalam peperiksaan SPM serta minimum BAND 3 dalam MUET. (BIASISWA SKIM PELAJAR CEMERLANG YAYASAN TERENGGANU)
    • Lulus dengan cemerlang (CGPA 4.00 / Mumtaz) dalam peperiksaan STPM / STAM dan memperolehi Gred A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris
      dan Matematik dalam peperiksaan SPM serta minimum Band 3 dalam MUET. (BIASISWA YT-TI YOUNG TALENT SCHOLARSHIP PROGRAMME)
  • Pemohon mestilah mendapat tawaran di Universiti Awam dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Bidang Pengajian:


Berikut adalah bidang yang ditawarkan mengikut kategori:

1) BIASISWA SKIM PELAJAR CEMERLANG YAYASAN TERENGGANU:

  1. Pelbagai bidang / kursus.
  2. Keutamaan diberi kepada mereka yang mengikuti bidang / kursus ikhtisas dan kritikal.

2) Biasiswa YT-TI YOUNG TALENT SCHOLARSHIP PROGRAMME:

  1. Kepintaran Buatan (AI).
  2. Sains Data (Big Data).
  3. Undang-Undang.
  4. Muamalat.
  5. Pentadbiran Korporat.
  6. Sains Kesihatan (Fisioterapi).
  7. Perladangan.

Cara Permohonan:


Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

Langkah 1: Layari laman sesawang Yayasan Terengganu.

Langkah 2: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.

Langkah 3: Muat naik semua dokumen yang diperlukan.

Langkah 4: Hantar permohonan.

Maklumat Lanjut:


Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi Yayasan Terengganu.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3