Tawaran Bantuan Awal Pengajian Untuk Pelajar B40 RM1,000

Yayasan Bank Rakyat menawarkan Bantuan Awal Pengajian (BAP) untuk pelajar dari golongan B40 di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP).

Tujuan pelaksanaan ini adalah untuk membantu pelajar yang memerlukan dalam mengurangkan bebanan kewangan pelajar dari keluarga berpendapatan B40 terutamanya yang telah terjejas akibat penularan COVID-19.

Baca juga:

Tarikh Permohonan Dibuka:


Permohonan dibuka mulai 29 September hingga 05 Oktober 2022.

Kadar Bantuan:


Kadar Bantuan Awal Pengajian (BAP) Yayasan Bank Rakyat adalah wang tunai yang berjumlah RM1,000.00 seorang.

Syarat Kelayakan:


Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon:

  1. Pelajar yang berstatus aktif pengajian sahaja.
  2. Terbuka kepada pelajar yang berada di Semester 1,2 dan 3 pada kemasukan tahun 2021 dan 2022.
  3. Diberi keutamaan kepada pelajar anak yatim piatu dan keluar yang berpendapatan RM3,000 dan terjejas akibat Covid-19.

Dokumen Sokongan:


Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu dilampirkan:

  1. 1 Salinan Kad Matrik * pelajar perlu melampirkan kad matrik visual/ surat tawaran pengajian/ butiran pelajar di sistem osi.
  2. 1 Slip Gaji / Surat Pengesahan Pendapatan Penjaga dan Pasangan Penjaga yang terkini ( Surat pengesahan pendapatan perlu disahkan dari JKK/Penghulu/ Pengerusi Kawasan atau sejawatan dengannya ) ( tiada slip gaji).

Cara Permohonan:


Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

Langkah 1: Layari laman sesawang di pautan berikut https://docs.google.com/forms

Langkah 2: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.

Langkah 3: Hantar permohonan.

Maklumat Lanjut:


Untuk maklumat lanjut, sila email [email protected].


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3