Tarikh Semakan Keputusan Peperiksaan SPM 2021


Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan diumumkan pada 16 Jun 2022 ini.

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi.

Menurutnya, bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan SPM akan dihantar melalui pos pada pada tarikh berkenaan.

Baca juga:

Kaedah Semakan Keputusan:


“Selain itu, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah secara dalam talian dan sistem pesanan ringkas (SMS).

“Secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan mulai jam 10 pagi pada 16 Jun sehingga 6 petang, 24 Jun.

“Secara SMS, calon perlu menaip SPM No KP AngkaGiliran dan hantar ke 15888. Sistem ini akan diaktifkan mulai jam 10 pagi pada 16 Jun sehingga 6 petang, 22 Jun,” katanya pada Selasa.

Jumlah Calon SPM:


Pada 1 Mac lalu seramai 407,097 calon ujian bertulis peperiksaan SPM 2021 menduduki peperiksaan itu berbanding kebiasaan yang diadakan pada akhir tahun persekolahan susulan negara dilanda pandemik Covid-19.

 

Sumber: SINAR HARIAN




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3