Home » Isu Semasa » Tarikh Perayaan & Cuti Sekolah 2021 Di Malaysia

Tarikh Perayaan & Cuti Sekolah 2021 Di Malaysia

Tarikh Perayaan & Cuti Sekolah di Malaysia 2021: Takwim Persekolahan 2021

Takwim Persekolahan 2021 telah dimuatnaik di portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), tarikh persekolahan setiap penggal, tarikh perayaan dan tarikh cuti sekolah bagi Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan kini boleh dilihat.

Kesan daripada wabak Covid-19 yang melanda permulaan takwim persekolahan telah ditunda kepada tarikh berikut:

  1. Murid Prasekolah, Tahun 1 dan Tahun 2 dapat hadir ke sekolah mulai 1 Mac 2021
  2. Murid Tahun 3 hingga 6 hadir ke sekolah mulai 8 Mac 2021
  3. Sekolah rendah, menengah dan swasta dibuka mengikut tarikh sekolah kerajaan
  4. Sekolah antarabangsa, institusi pendidikan swasta dan pusat tuisyen dibuka mulai 8 Mac 2021
  5. Sekolah yang tak berdaftar dengan KPM digalakkan untuk ikuti tarikh yang ditetapkan KPM dan patuh SOP
  6. Murid sekolah menengah kumpulan A kembali ke sekolah pada 4 April 2021
  7. Murid sekolah menengah kumpulan B kembali ke sekolah pada 5 April 2021

Perincian takwim persekolahan untuk tahun 2021 bagi sekolah-sekolah rendah dan menengah Kumpulan A dan Kumpulan B seperti berikut:

Baca Juga : Bantuan Persekolahan MAIWP

Kami dari Portal Malaysia berharap perkongsian kami dapat membantu anda.

Untuk info lanjut mengenai bantuan GKP 3.0 RM1000 One-off dari pihak kerajaan sila ke Portal Malaysia.

Penggal Persekolahan 2021 – Kumpulan A

Kumpulan A adalah semua sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

 

Penggal Persekolahan 2021 – Kumpulan B

Kumpulan B adalah semua sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan  Labuan.

Kini Ibu Bapa serta Guru dan pelajar boleh membuat perancangan awal mengikut Takwin Persekolahan 2021.

Tarikh Perayaan & Cuti Sekolah 2021

KPM juga telah menyelaras semua tarikh cuti perayaan bagi sesi persekolahan 2021.

Seperti jadual di bawah, disertakan tarikh cuti sekolah dan cuti perayaan tahun 2021 seperti Tahun Baru Cina , Hari Raya Aidil Fitri, Hari Kaamatan, Hari Gawai Dayak, Hari Krismas serta Hari Deepavali.

Semua sekolah hendaklah mematuhi peruntukan cuti tambahan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sempena perayaan utama bagi sambutan Tahun baru Cina, Hari Raya Aidil Fitri dan Deepavali.

Manakala, peruntukan cuti tambahan tidak perlu diganti.

Semoga perincian cuti sekolah dan tarikh perayaan di atas dapat memberi panduan kepada semua untuk merancang aktiviti pada tahun 2021 nanti.

Baca juga: Daftar Kelahiran Online JPN

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat atau kenyataaan lanjut dari pihak KPM boleh ke laman web rasmi https://www.moe.gov.my/.

Disclaimers – Bahan artikel portalamalaysia kongsikan diatas merupakan tutorial dan rujukan ringkasan artikel berkaitan dengan “Tarikh Perayaan & Cuti Sekolah 2021 Di Malaysia” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Leave a Comment