Home » Isu Semasa » Jom Lihat Tarikh Pembukaan Sekolah KPM Sesi 2022 / 2023

Jom Lihat Tarikh Pembukaan Sekolah KPM Sesi 2022 / 2023

Untuk makluman anda semua, Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 akan bermula pada 21 Mac 2022 hingga 11 Mac 2023 bagi sekolah di Negeri Kumpulan A dan pada 21 Mac hingga 12 Mac 2023 bagi sekolah di Negeri Kumpulan B.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

Jadual Sesi Persekolahan Penggal 3 bagi tahun 2021/2022 serta Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 dan Cuti Perayaan (Takwim Cuti Sekolah) KPM

Kementerian Pendidikan (KPM) telah memaklumkan bahawa Sesi Persekolahan Penggal 3 2021 / 2022 akan bermula mulai 2 Januari 2022 hingga 20 Mac 2022 bagi sekolah di negeri Kumpulan A.

Manakala bagi sekolah di Kumpulan B Sesi Persekolahan Penggal 3 2021 / 2022 akan bermula mulai 3 Januari 2022 hingga 20 Mac 2022.

Perkara ini diumumkan dalam siaran media KPM bertarikh 15 November 2021 seperti di bawah:

Sila rujuk Kalendar Akademik Penggal 3 dan Takwim Persekolahan 2022 / 2023 seperti di bawah:

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Sesi Persekolahan Penggal 3 2021 / 2022 KPM

Sesi persekolahan Penggal 3 KPM adalah dijadualkan susulan pandemik, di mana penangguhan ini bertujuan membantu murid-murid menguasai silibus yang tercicir ketika sekolah ditutup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.

Dalam kenyataan media sebelum ini, Dr Radzi Jidin telah memaklumkan bahawa sesi persekolahan tahun 2022 akan dianjakkan kepada bulan Mac, berbanding bulan Januari seperti selalu.

NOTA:

Negeri Kumpulan B – Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya

Kenyataan rasmi ini boleh dimuat turun melalui laman sesawang KPM di pautan https://www.moe.gov.my/takwim bermula hari ini.

Penafian – Semua yang portalamalaysia share dihalaman ini merupakan panduan tutorial dan rujukan yang berkaitan dengan “Jom Lihat Tarikh Pembukaan Sekolah KPM Sesi 2022 / 2023” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!