Tarikh Bayaran STR Fasa 4
Ini adalah info berkaitan tarikh bayaran STR bagi fasa 4 adalah pada bulan November 2023.
Semoga belanjawan tahun depan yang dibentangkan bulan 10 nanti memihak kepada rakyat dengan bantuan yang lebih banyak.
Cara Semak STR Fasa 4
Berikut merupakan cara untuk semak str fasa 4 secara online;
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
- Layari portal https://bantuantunai.hasil.gov.my seperti pada Rajah di bawah ini
- Masukkan nombor kad pengenalan pemohon dan klik pada butang “Log Masuk”.
- Klik pada butang “Semak str”.
- Kemudian, sahkan kod keselamatan yang telah dipaparkan untuk meneruskan semak mystr 2023.
- Seterusnya, masukkan kata laluan yang betul dan sah serta klik pada butang “Log Masuk”.
- Akhir sekali, pada bahagian menu utama, klik pada bahagian “Semakan Permohonan” untuk semak status str bantuan 2023.
Maklumat Lanjut STR Fasa 4
Untuk maklumat lanjut tentang pembayaran STR bagi Fasa 1 hingga Fasa 4, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) Sumbangan Tunai Rahmah dalam ruangan di bawah:
SOALAN_LAZIM_FAQ_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAHSTRDownload
Bilakah pendaftaran STR 2023 dibuka?Permohonan STR boleh dibuat:
Secara dalam talian mulai 01 Mac 2023 – 31 Mac 2023
Secara borang kertas mulai 08 Mac 2023 – 31 Mac 2023
*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa
Bagaimanakah cara membuat Permohonan STR 2023?Anda boleh membuat Permohonan BKM 2022 seperti berikut:
i. Permohonan Secara Dalam Talian
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
ii. Permohonan Melalui Borang
Borang Permohonan STR didapati secara percuma di:
a. Portal Rasmi STR 2023 LHDNM; atau
b. Cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM /
Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat permohonan?Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu
dikemukakan adalah seperti berikut:
i. Pemohon:
a. Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
b. Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
c. Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
d. Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
e. Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
ii. Pasangan:
a. Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
b. Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
iii. Anak:
a. Anak Kandung
– Salinan MyKad / MyKid; dan
– Salinan Sijil Lahir
b. Anak Angkat
– Salinan MyKad / MyKid; dan
– Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
Borang Serahan Dokumen Sokongan BKM 2022 (BK-04) perlu diisi semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke LHDNM.