Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan untuk tarikh pembayaran i-Sinar bagi bulan Mei. Untuk pembayaran bulan April, ahli-ahli KWSP telahpun menerima pembayaran penuh pada bulan tersebut mengikut batch masing-masing.
Tarikh Bayaran I-Sinar Mei 2021 (Klik Bawah)
- Pembayaran bermula pada 3 Mei 2021
- Pembayaran adalah secara berperingkat mengikut batch
- Ahli yang telah menerima pembayaran pada 1 April akan terima bayaran pada 3 Mei. Yang dapat pada 2 April akan terima bayaran pada 4 Mei. Dan akan ikut batch masing-masing berdasarkan tarikh pada bulan April.
- Sila rujuk tarikh pembayaran di i-Akaun anda untuk maklumat lanjut
- Pembayaran ini hanya mereka yang memohon i-Sinar pada Januari 2021, buka permohonan i-Sinar tanpa syarat.
Berikut adalah jadual penuh pembayaran i-Sinar :
Gambar di bawah adalah tarikh bayaran i-Sinar bagi batch 1 & batch 2, rujuk tarikh bayaran bulan April anda untuk ketahui tarikh bulan Mei.
Soalan Lazim Pembayaran i-Sinar
Bilakah pembayaran i-Sinar pada Bulan Mei?
Untuk bulan Mei, pembayaran akan dilakukan secara berperingkat. Sila rujuk jadual di sini untuk maklumat lanjut.
Kenapa pembayaran i-Sinar saya gagal kredit?
Pembayaran yang gagal mungkin disebabkan akaun penerima salah atau tidak aktif, sila hubungi KWSP.
Kenapa saya masih tidak dapat bayaran bulan Mac yang diawalkan?
Pihak KWSP memohon anda untuk bersabar. Kemungkinan bagi mereka yang masih tidak dapat mengikut jadual yang diawalkan akan dapat mengikut jadual yang ASAL.
Berikutan tempoh PKP yang masih berjalan Permohonan itu boleh dibuat menerusi i-Akaun secara Online sahaja. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai pengeluaran KWSP ini, anda boleh rujuk i Lestari untuk maklumat & info yang lebih dalam. Rujuk juga FAQ di sini, jika anda ada sebarang pertanyaan.
Sumber : KWSP
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini