Tarikh Pembayaran Bantuan Khas RM350 Kini Diumumkan : Semak Kelayakan Anda Sekarang!

t Bantuan RM350. Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri mengikut tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya ialah Bantuan Khas Kewangan RM700 dan RM350 melalui Kerajaan Persekutuan kepada mereka yang layak.

Ini adalah maklumat yang lebih jelas tentang bantuan kewangan ini.

Penerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) RM700 & RM350

Menurut kenyataan Kerajaan Ogos lalu, bayaran BKK sebanyak RM700 akan diberikan kepada semua anggota perkhidmatan awam Gred 56 dan ke bawah.

Manakala RM350 pula diberikan kepada pesara dan veteran Kerajaan yang tidak berpencen. Semua pembayaran ini akan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1.3 bilion

Tarikh Pembayaran Bantuan Kewangan Khas (BKK)

Mengenai tarikh pembayaran pula, ia akan dilaksanakan pada 17 Januari 2023 tahun hadapan.

Dalam perkembangan lain, Kerajaan Negeri Melaka turut mengumumkan pemberian BKK sebanyak RM700 kepada penjawat awam negeri terbabit.

Pembayaran akan dibuat bulan ini, manakala penjawat awam juga akan menerima BKK setengah bulan gaji yang akan dibayar dua kali iaitu pada Februari dan April 2023.

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3