Tarikh Dan Borang Penilaian Guru Baharu 2021


Penilaian Guru Baharu 2021 oleh Cawangan Latihan dan Kompetensi KPM akan dilaksanakan mulai 10 Januari 2022 hingga 18 Februari 2022. 

Lantikan SPP:

Ia melibatkan PPP lantikan SPP (Tetap / Kontrak) dari 2 Julai – 31 Disember 2021.


Kemaskini Maklumat:

Maklumat yang perlu dikemas kini dengan tepat dalam Sistem e-Operasi / e-Prestasi termasuklah:

  • Agensi Melantik.
  • Jawatan.
  • Gred.
  • Tarikh Lantikan Pertama.

Apakah PBPPP KPM?

PBPPP adalah penilaian yang memberi fokus kepada penilaian dan pembangunan kompetensi, potensi dan keberhasilan berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira kepelbagaian bidang tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

Penilaian ini juga merupakan suatu penilaian berdasarkan konsep Tugas dan Tempat Bertugas berdasarkan standard prestasi yang telah ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP 2.0) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 –2025.


Format Borang Keberhasilan:

Format Borang Keberhasilan yang mesti digunakan semasa menetapkan sasaran keberhasilan untuk mendapatkan skor penilaian keberhasilan dan peratus melebihi sasaran.

Templat borang ini dibekalkan dalam format MS Excel (versi 2007 dan ke atas) boleh digunakan sepanjang tempoh penilaian tahun semasa.

Garis Panduan Penilaian Komponen Keberhasilan (GPPKK):

Garis Panduan Penilaian Komponen Keberhasilan (GPPKK) PBPPP ini disediakan untuk panduan semua pihak dalam menilai prestasi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).


GPPKK ini menerangkan secara khusus terma dan syarat-syarat, prosedur dan kaedah pelaksanaan penilaian bagi mengelakkan kekeliruan.

Diharapkan GPPKK ini dapat membantu semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan penilaian PKK PBPPP seperti yang dihasratkan.

Istilah Berkaitan PBPPP KPM:

Berikut ialah maksud bagi istilah-istilah yang terdapat dalam Borang Keberhasilan:

  1. Bidang tugas = skop tugas PYD. Tiada penetapan khusus berkaitan bidang tugas.
  2. Sasaran keberhasilan = hasil kerja utama PYD yang boleh diukur dan memberi impak kepada klien atau organisasi
  3. Penilaian Pertama = markah pencapaian atau peningkatan semasa penilaian pertama pada pertengahan tahun penilaian.
  4. Penilaian Akhir = markah pencapaian atau peningkatan pada akhir tahun penilaian.
  5. Melebihi Sasaran = melebihi sasaran yang telah disasarkan.
  6. Catatan = makluman hasil semakan semula sasaran sama ada kekal, pinda, gugur atau tambah selepas penilaian pertama.
  7. Bilangan Sasaran = bilangan keseluruhan sasaran keberhasilan yang dinilai.
  8. Jumlah Markah = markah keseluruhan pencapaian atau peningkatan sasaran keberhasilan yang dinilai.
  9. Peratus Pencapaian = purata markah keberhasilan bagi sasaran yang dinilai dan pencapaian peratus melebihi sasaran.
  10. Skor = skor penilaian berdasarkan tahap keberhasilan. Skor bagi penilaian pertama dan penilaian akhir mesti dipindahkan dalam Sistem e-Prestasi oleh PP1.
  11. Ruangan peratus melebihi sasaran = Peratus ini mesti dipindahkan ke dalam Sistem e-Prestasi pada ruang Peratus Melebihi Sasaran.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3