Home » Pendidikan » Tarikh Pembukaan Sekolah Rendah & Menengah Mengikut Negeri Fasa PPN

Tarikh Pembukaan Sekolah Rendah & Menengah Mengikut Negeri Fasa PPN

Tarikh Pembukaan Sekolah Rendah & Menengah Mengikut Negeri Fasa PPN

Ramai yang tertanya bila tarikh buka sekolah yang ditetapkan bagi setiap fasa PPN ni? Mungkin masih ramai yang keliru, tambahan pula ada negeri yang baru sahaja beralih fasa.

Seperti dalam kenyataan media KPM, tarikh buka sekolah masih kekal 3 Oktober. Perkara itu telah diumumkan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin pada sidang media rasmi.

Berdasarkan kenyataan Menteri Kanan Pendidikan sebelum ini, KPM menetapkan bahawa sekolah akan dibuka bermula 3 Oktober, tertakluk kepada negeri Fasa PPN.

RUMUSAN TARIKH PEMBUKAAN SEKOLAH KPM

  • Institusi pendidikan bawah KPM di Selangor, Melaka, Kuala Lumpur dan Putrajaya kekal dibuka pada 4 Okt, mengikut ketetapan Fasa 2 PPN
  • Pembukaan institusi pendidikan bawah KPM di Kedah kekal pada 10 Okt, ketetapan pengoperasian Fasa 2 PPN hanya akan bermula 17 Okt
  • Mulai 18 Okt, institusi pendidikan Selangor, Melaka, KL dan Putrajaya dibuka ikut ketetapan Fasa 3 PPN

Rujuk kenyataan media bertarikh 30 September 2021.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

 

SOP Pembukaan Sekolah Mengikut Fasa PPN (Terkini)

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, KPM akan melaksanakan sistem baharu yang melibatkan hanya 50% kehadiran murid ke sekolah daripada enrolmen keseluruhan secara penggiliran minggu.

Setiap kelas persekolahan akan dibahagi kepada dua kumpulan iaitu secara PDP bersemuka & PDPR, yang akan bergilir setiap minggu.

Murid berkeperluan khas, asrama penuh, peperiksaan antarabangsa, sekolah kurang murid antara tidak terlibat penggiliran kelas.

Penggiliran Murid Ke Sekolah

Bermula 3 Oktober juga, sistem penggiliran murid akan dilaksanakan dengan kehadiran murid ke sekolah hanya 50% daripada enrolmen keseluruhan kelas tersebut.

Sila rujuk Pengoperasian sekolah sepenuhnya di sini: Pembukaan Sekolah Secara Berperingkat & SOP Mengikut Fasa PPN Bermula 3 Oktober 2021

Tarikh Buka Sekolah Mengikut Negeri PPN Yang Beralih Fasa

Telah diumumkan bagi sesebuah negeri yang beralih fasa seterusnya, Pengoperasian Sekolah/Institusi Pendidikan KPM mengikut ketetapan Fasa baharu akan dilaksanakan selepas 2 minggu daripada tarikh peralihan ke fasa tersebut.

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

Disclaimers – Bahan yang admin share diatas merupakan tutorial dan ringkasan yang berkaitan dengan “Tarikh Pembukaan Sekolah Rendah & Menengah Mengikut Negeri Fasa PPN” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!