Penangguhan Sekolah Penggal 3 KPM 2022


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan bencana banjir yang menjejaskan beberapa negeri di Malaysia. Susulan daripada itu, Dr Radzi Jidin selaku Menteri Kanan Pendidikan menjelaskan bahawa KPM akan menunda pembukaan sekolah penggal 3 yang sepatutnya bermula pada 2 Januari ini kepada 9 Januari 2022 bagi negeri-negeri Kumpulan A, manakala 10 Januari 2022 bagi negeri-negeri Kumpulan B.

KPM juga sentiasa komited bagi memastikan yang terbaik untuk murid, guru dan ibu bapa. Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, penggal 3 persekolahan akan dilaksana di mana sesi persekolahan bagi tahun 2021 dilanjutkan sehingga Mac.

Berikut dikongsikan tarikh buka sekolah bagi sesi 2022, untuk makluman bersama terutamanya bagi ibu bapa yang akan mendaftar anak ke prasekolah atau Tahun 1 nanti.

Kenyataan Media Penangguhan:

Berikut merupakan kenyataan media penangguhan tarikh permulaan sesi persekolahan penggal 3, 2021/2022:

 

Tarikh Persekolahan Bermula:

Berikut merupakan ringkasan tarikh buka sekolah bagi penggal 3 KPM 2022:

  • Negeri Kumpulan A 9 JANUARI 2022.
  • Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu.
  • Negeri Kumpulan B : 10 JANUARI 2022.
  • Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya.

*Jadual persekolahan Penggal 3 yang terkini akan dikongsikan oleh KPM melalui sebuah siaran media dalam masa terdekat.

Muat Turun:

Panduan Pengurusan & Pengoperasian Sekolah KPM 3.0


Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila baca : Tarikh Terkini Buka Sekolah Rendah & Menengah Mengikut Negeri.

Penafian – Bahan artikel kami kongsikan diatas sekadar panduan dan rujukan artikel related dengan “Penangguhan Sekolah Penggal 3 KPM 2022” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia