Home » Semakan » Tarikh Bayaran Faedah PERKESO Tahun 2022

Tarikh Bayaran Faedah PERKESO Tahun 2022

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah ditubuhkan sebagai sebuah Jabatan Kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia bagi mentadbir, melaksana dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971.

Pada 1 Julai 1985, status PERKESO telah berubah kepada sebuah Badan Berkanun dan mulai 1 Januari 1992, PERKESO telah melaksanakan sistem saraannya sendiri iaitu Sistem Saraan Baru PERKESO.

Fungsi PERKESO:

Berikut adalah fungsi utama PERKESO adalah untuk:

  • Memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja.
  • Tanggungannya menerusi skim-skim perlindungan yang diperkenalkan.

Untuk makluman, bayaran PERKESO 2021 adalah mengikut 2 Skim Faedah Keselamatan Sosial iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

1) Skim Bencana Pekerjaan:

Skim ini memberi perlindungan terhadap :
1. Kemalangan Semasa Menjalankan Pekerjaan:
  • Kemalangan semasa menjalankan pekerjaan dan berpunca daripada pekerjaannya.
2. Kemalangan Semasa Dalam Perjalanan:
  • Di antara tempat kediaman dengan tempat kerjanya.
  • Di antara tempat kerja dengan tempat makan dalam waktu rehat yang dibenarkan.
  • Perjalanan yang berkaitan dengan pekerjaannya.(Dengan syarat kemalangan itu tidak berlaku dalam masa apa-apa perhentian atau apa-apa lencongan pada waktu perjalanan itu.
3. Kemalangan Semasa Kecemasan:
  • Kemalangan yang berlaku sewaktu kecemasan di premis majikan bagi tujuan membantu, menyelamat atau melindungi orang-orang yang mendapat bencana.Contohnya kebakaran.
4. Penyakit Khidmat:
Penyakit yang berpunca akibat pekerjaannnya. Contoh :
  • Hilang pendengaran akibat pendedahan bunyi bising yang berpanjangan
  • Penyakit sesak nafas atau asma akibat tersedut habuk atau serbuk bagi pekerja-pekerja di kilang papan, bedak, tepung dan sebagainya.

2)Skim Pencen Ilat:

  • Dibayar kepada pekerja yang layak dan disahkan menghidap keilatan oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan.
  • Dibayar bermula dari tarikh Notis Keilatannya diterima atau tarikh berhenti kerja jika pekerja berhenti kerja selepas Notis Keilatan diterima oleh Pertubuhan.
  • Dibayar selama pekerja mengalami keilatan atau hingga meninggal dunia.
  • Digantikan dengan Pencen Penakat sekiranya pekerja itu meninggal dunia semasa menerima Pencen llat tanpa mengira umurnya.

Tarikh Bayaran Pencen PERKESO 2022:

Tarikh bayaran PERKESO 2022 telah diumumkan melalui Jadual rasmi di bawah.

Tarikh Bayaran Faedah PERKESO 2022:

Bil.BulanTarikh Bayaran FaedahHariCatatan
1Januari25 Januari 2022Selasa1 Februari 2022 bersamaan Hari Wilayah Persekutuan dan Tahun Baru Cina
2Februari1 Mac 2022Selasa
3Mac1 April 2022Jumaat
4April26 April 2022Selasa1 Mei 2022 bersamaan Hari Pekerja
3 Mei 2022 bersamaan Hari Raya Puasa
5Mei25 Mei 2022Rabu30 Mei 2022 bersamaan Pesta Keamatan
1 Jun 2022 bersamaan Perayaan Hari Gawai Dayak
6Jun1 Julai 2022Jumaat
7Julai1 Ogos 2022Isnin
8Ogos1 September 2022Khamis
9September30 September 2022Jumaat1 Oktober 2022 bersamaan Hari Sabtu
10Oktober17 Oktober 2022Isnin24 Oktober 2022 bersamaan Hari Deepavali
11November1 Disember 2022Khamis
12Disember20 Disember 2022Selasa25 Disember 2022 bersamaan Hari Krismas
Sumber: TARIKH BAYARAN FAEDAH

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut tentang Bayaran PERKESO 2022, sila baca segala maklumat di portal rasmi PERKESO.

Penafian – Bahan artikel portalamalaysia share dihalaman ini sekadar panduan dan rujukan ringkasan yang related dengan “Tarikh Bayaran Faedah PERKESO Tahun 2022” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!