Semoga notis yang dipaparkan ini dapat membantu pembeli dan termasuklah para peniaga untuk menetapkan tarikh yang sesuai untuk membuat pengeposan barang dengan tepat.
Jadi, jangan tunggu saat akhir ya.
Hantar bungkusan anda segera sebelum tarikh yang dinyatakan ok!
Baca juga:
- Bantuan i-Fitri Akan Dibayar Secara Tunai Mulai 17 April 2022
- Tawaran Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP) Dibuka Sehingga 30 April 2022
Notis Dari Kurier:
Berikut adalah antara kurier-kurier yang terlibat:
1)Poslaju:
Bagi syarikat kurier POSLAJU, tempoh operasi sempena Hari Raya Aidilfitri adalah seperti berikut:
Tarikh akhir pos barang:
25 April 2022:
- Semenanjung Malaysia – Malaysia Timur (Sabah / Sarawak).
- Malaysia Timur – Semenanjung Malaysia.
- Dalam Malaysia Timur.
27 April 2022:
- Dalam Semenanjung Malaysia.
NOTA: Barangan yang dipos selepas tarikh yang disyorkan di atas akan hanya dihantar selepas 5 Mei 2022.
2) DHL Malaysia:
Bagi syarikat kurier DHL, tempoh operasi sempena Hari Raya Aidilfitri adalah seperti berikut:
Tarikh akhir pos barang:
23 April 2022 – (Ke Malaysia Timur).
27 April 2022 – Lain-lain lokasi di Malaysia Barat / Semenanjung).
NOTA: Penutupan operasi: 2-4 Mei 2022.
Maklumat Lanjut:
Buat masa ini, syarikat kurier lain seperti NinjaVan, J&T dan lain-lain masih belum mengemaskini dan memaklumkan tarikh notis perkhidmatan mereka ketika Hari Raya Aidilfitri.
Sebarang pengemaskinian akan dimaklumkan selepas ini.