Tanah Runtuh Di Seri Kembangan , Pihak Bomba Masih Di Lokasi Kejadian


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) masih mengesan pergerakan tanah di Lestari Perdana, Seri Kembangan di sini, susulan kejadian tanah mendap yang menyebabkan lima kenderaan rosak, semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, anggotanya bersama polis ditempatkan di lokasi kejadian bagi memantau keadaan dan keselamatan penduduk.

Namun situasi di kawasan yang terjejas akibat tanah runtuh tersebut kini berada dalam keadaan yang terkawal menurut laporan  Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

Terdapat sedikit pergerakan tanah tetapi sekarang kerja pemasangan besi penahan sedang dibuat oleh pihak berkuasa tempatan bagi megelakkan keaadaan semakin teruk di kawasan berkenaan.

Keadaan adalah terkawal yang mana, Pihak Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan Pejabat Tanah Petaling sudah mengambil tindakan lanjut mengenai perkara tersebut.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang semalam, lima kenderaan rosak akibat kejadian tanah mendap di kawasan berhampiran longkang di Lestari Perdana yang mana beberapa saksi sempat merakamkan kejadian tersebut dan telah tersebar di media sosial.

Kejadian itu menjadi trauma kepada saksi yang melihat dengan mata sendiri kejadian tersebut pada hari tersebut malah semasa kejadian itu terdapat juga penduduk yang berada berdekatan dengan tempat kejadian namun tidak mengalami sebarang kecelakaan .

Saksi yang berada di tempat kejadian mengakui sempat melihat dan merasa pergerakan tanah semasa kejadian berlaku dan sempat mengalihkan beberapa buah kenderaan.

Serbelum tanah runtuh berlaku dikatakan bahawa hujan turun dengan lebatnnya dan secara tiadak langsung mengakibatkan keadaan tanah semakin mendap sekali gus mengakibatkan runtuhan.

Ketika kejadian terdapat 13 buah kenderaan diletakkan di tepi jalan berkenaan namun hanya 8 kenderaan sahaja yang sempat diselamatkan kerana bimbang dengan keadaan tanah yang semakin bergerak dan cuaca yang masih hujan tambahan dengan arus yang agak deras di parit berhampiran lokasi runtuhan tersebut.

Menurut laporan tiada kemalangan jiwa semasa kejadian tersebut , hanya beberapa kenderaan yang kelihatan berada diatas kawasan runtuhan dan jatuh bersama tanah berkenaan.


Susulan itu, pekerja di 17 premis komersial kawasan tersebut telah dipindahkan selepas penilaian MBSJ di kawasan itu dilakukan.

 

Disclaimers – Bahan yang portalamalaysia share dihalaman ini merupakan tutorial dan ringkasan yang berkaitan dengan “Tanah Runtuh Di Seri Kembangan , Pihak Bomba Masih Di Lokasi Kejadian” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia