Tampil Berhijab, Peminat Doakan Almy Nadia Kekal Istiqamah


Pelakon jelita , Datin Almy Nadia baru – baru ini telah mencuri perhatian ramai apabila tampil berhijab semasa bercuti bersama keluarganya di Genting Highland.

Almy dan keluarga yang sudah beberapa kali mengunjungi tempat berkenaan kelihatan sangat seronok bersama anak – anak bercuti sebelum penggambaran filem terbasru dijalankan.

Video berkenaan dikhabarkan telah dikongsi oleh sebuah akaun Instagram milik kelab peminat Almy Nadia dan suaminya, yang juga pelakon pekalon popular, Datuk Fizz Fairuz.

Dalam video tersebut , pasangan pelakon itu dilihat bersama empat orag anaknya yang teruja menaiki kereta kabel dan tidak sabar menikmati kesejukkan di pusat peranginan terkenal itu.

Genting Highland adalah antara pusat peranginan terkenal di Malaysia kerana cuacanya yang sejuk dan nyaman malah mempunyai banyak permainan menarik yang boleh dinikmati oleh kana-kanak dan orang dewasa.

Melalui video tersebut , netizen lebih memilih untuk memberikan komen tentang Almy yang dilihat memakai tudung bawal berwarna biru dan berbaju putih.

Sesuai dengan kejelitaannya dari dahulu lagi , netizen tidak henti – henti memuji kecomelan dan kecantikkan Almy apabila memakai tudung seperti itu.

Malah, ramai yang tutut mendoakan agar pelakon itu kekal istiqamah dalam berhijab selama lamanya kerana dia sememangnya kelihatan lebih anggun dan cantik ketika berhijab.


 

Namun tiada pengesahan daripada pelakon berkenaan sama ada sudah berhijab penuh atau sekadar memakai hijab pada waktu tertentu dan melakukan “review” bagi produk yang membayarnya kerana Almy sememangnya terkenal sebagai selebriti yang banyak mempromosikan produk baru sebagai mata pencariannya selepas sudah lama tidak aktif berlakon.

Manakala dalam satu perkongsian di Instagram milik Almy juga ada berkongsi gambar yang terlihat dirinya sudah berhijab ketika membuat panggilan video bersama anak dan suaminya.

 

Berkemungkinan Almy sudah bersedia bertudung dan selesa dengan keadaan tersebut dan netizen hanya mampu mendoakan kebaikkan agar ramai lagi artis di Malaysia bertudung dan menjaga batas semasa berlakon dan tidak melakukan gimik yang merosakkan industri bagi mempromosikan filem atau drama mereka.

Disclaimers – Bahan yang admin share dihalaman ini sekadar panduan tutorial dan rujukan yang related dengan “Tampil Berhijab, Peminat Doakan Almy Nadia Kekal Istiqamah” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia