Tambang Skypark Link KL Sentral Ke LTSAAS Kini Hanya RM3.50


Tambang Skypark Link dari KL Sentral ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang, diturunkan daripada RM10 kepada RM3.50.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, ketika mengumumkan perkara itu berkata penjimatan sebanyak 64% itu adalah pelarasan tambang perkhidmatan tren ekspres kepada kadar tambang perkhidmatan KTM Komuter Lembah Klang.

Selain itu, beliau berkata, kadar tambang konsesi potongan 50% juga terpakai bagi kanak-kanak berumur 2 hingga 6 tahun, pelajar sekolah rendah dan menengah, warga emas serta orang kelainan upaya (OKU).

“Kerajaan sentiasa komited membantu B40 dan golongan rentan bagi pembangunan secara inklusif tanpa meminggirkan mana-mana kumpulan masyarakat.

“Pelbagai inisiatif dibangunkan kerajaan dan agensinya bagi memberi akses kepada rakyat serta mengangkat status sosioekonomi mereka.

Baca juga:

Kos Pengangkutan Awam:

“Seperti yang kita ketahui, kos pengangkutan awam adalah faktor ketiga terpenting dalam menyumbang kepada kenaikan mahupun penurunan kos sara hidup rakyat di negara ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Perkhidmatan Skypark Link KL Sentral ke LTSAAS, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd Rani Hisham Samsudin.

Manfaatkan Inisiatif:

Justeru, Ka Siong berkata, rakyat diseru memanfaatkan inisiatif itu bagi memastikan objektif Dasar Pengangkutan Negara (DPN) dapat dicapai, iaitu menyediakan mobiliti yang memenuhi permintaan rakyat dan inklusif.

Beliau berkata, kementerian juga akan memantau pencapaian dasar itu secara keseluruhan, melalui pemantauan berkala dan memastikan inisiatif pelaksanaannya bersifat dinamik seiring perubahan trend semasa.

“Saya berharap penyedia perkhidmatan pengangkutan awam atau agensi pelaksana bawah Kementerian Pengangkutan, menyedia dan memperincikan serta menyelaras dan memantau setiap inisiatif yang dilaksanakan dengan pemegang taruh.

“Semoga KTMB dan agensi lain dapat bersama-sama memastikan kelestarian pengangkutan negara sehingga menjadi sebutan negara lain,” katanya.


 

Sumber: BERITA HARIAN

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan diatas merupakan tutorial dan rujukan ringkasan artikel related dengan “Tambang Skypark Link KL Sentral Ke LTSAAS Kini Hanya RM3.50” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia