Cara Tambah/Topup Duit ASB Guna Maybank2u


Anda tahu tak yang kita boleh guna Maybank2u untuk tambah/topup duit ASB? Menarik dan mudah kan!

Melalui Maybank2u anda boleh membuat pelbagai transaksi seperti pemindahan wang dan sebagainya. Selain itu juga anda juga boleh tambah/topup duit ASB dengan menggunakan Maybank2u ini tanpa perlu keluar kerumah bersesak-sesak untuk pergi ke bank. Hanya menggunakan maybank2u sahaja anda boleh membuat simpanan ASB semudah ABC.

Baca perkongsian di bawah tentang bagaimana untuk menambah topup duit ASB dengan menggunakan Maybank2u ini :

Cara Tambah Topup Duit ASB Guna Maybank2u


Jadi jika anda ada duit lebih dan ingin tambah pelaburan ASB, anda boleh menggunakan cara mudah melalui Maybank2u. Dibawah kami kongsikan cara-cara untuk tambah atau transfer duit ke ASB online :

✍️Info tambahan: Hanya waktu pejabat sehingga pukul 7.00pm sahaja boleh transfer duit

0️⃣1️⃣ Log masuk ke akaun Maybank2u anda. Selepas log masuk, klik butang accounts di belah atas.

0️⃣2️⃣Selepas itu, sila pilih jenis akaun dan klik pada “wealth

0️⃣3️⃣Kemudian, ia akan keluar pilihan akaun ASB kita dan klik “VIEW

0️⃣4️⃣Akaun ASB kita akan dipaparkan sekali dengan jumlah amaun dan nombor akaun. Jadi anda perlu klik dibahagian kotak yang dituliskan nama anda dan nombor akaun

0️⃣5️⃣Selepas itu, semua maklumat akan dipaparkan contohnya berapa kali anda masukkan duit ke akaun ASB dalam setiap tempoh. Klik pada simbol yang mempunya tiga (3) titik  di bahagian bawah kanan

0️⃣6️⃣Kemudian, klik pada “TOP UP” untuk tambah dan transfer duit ke akaun ASB anda

0️⃣7️⃣Masukkan jumlah amaun yang anda ingin tambah atau transfer ke akaun ASB anda

0️⃣8️⃣Klik pada butang “CONFIRM & TRANSFER

Tahniah! Anda selesai melaburkan duit ke akaun ASB  menggunakan Maybank2u. Dengan menggunakan Maybank2u ini ia dapat menjimatkan masa anda dan juga dapat membantu anda dalam membuat simpanan atau tabungan pada masa depan dengan begitu mudah dan selamat. Semoga perkongsian di atas dapat memberi sedikit sebanyak rujukan dan kemudahan anda dalam membuat simpanan ASB melalui Maybank2u ini.

Kredit Sumber Asal : Facebook Nabila Huda




mybsn
BKM

Leave a Comment

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3