Home » Bantuan » Talian Whatsapp Op Bantu Di Seluruh Negara Bagi Mereka Yang Terputus Bekalan Makanan

Talian Whatsapp Op Bantu Di Seluruh Negara Bagi Mereka Yang Terputus Bekalan Makanan

TALIAN WHATSAPP OP BANTU DILANCARKAN DI SELURUH NEGARA

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini melancarkan Op Bantu bagi menyalurkan bantuan kepada  individu & keluarga yang terputus bekalan makanan susulan penularan Covid-19 dalam negara.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, menerusi operasi itu, kesemua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) seluruh negara akan dijadikan sebagai pusat pengagihan bantuan bekalan makanan bagi mereka yang terkesan ketika PKP.

Pelaksanaan Op Bantu ini merupakan kolaborasi strategik bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Portal malaysia ingin berkongsi talian whatsapp Op Bantu di seluruh negara.

Baca Juga: Cara Keluarkan Duit ASB Online, Tidak Perlu Pergi Ke Bank

Apakah Op Bantu?

Bantuan bekalan makanan akan diberikan segera kepada mana-mana individu yang telah terputus bekalan makanan.

Mana-mana individu yang memerlukannya diminta hadir sendiri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berdekatan bagi mendapatkan bantuan segera.

Bagi individu yang tidak dapat hadir ke IPD berdekatan, mereka diminta menghubungi IPD berhampiran masing-masing melalui talian rasmi IPD atau melalui talian Whatsapp khas Op Bantu.

Skuad AMANITA dan anggota RELA di lapangan akan ditugaskan untuk menyampaikan bantuan segera.

Berikut disenaraikan talian khas Whatsapp Op Bantu bagi setiap negeri / daerah untuk dihubungi.

KUALA LUMPUR

SELANGOR

NEGERI SEMBILAN

JOHOR

KEDAH

TERENGGANU

PAHANG

KELANTAN

SABAH

PERAK

MELAKA

PERLIS

SARAWAK

PULAU PINANG

Baca Juga: Selangor Prihatin: Bantuan khairat kematian RM1000 akibat COVID-19 mulai 12 Julai

Semoga inisiatif Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM melalui Polis Diraja Malaysia, RELA Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat – JKM.

*Sumber: Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda.

Disclaimers – Semua yang kami share dihalaman ini sekadar panduan tutorial dan rujukan ringkasan yang related dengan “Talian Whatsapp Op Bantu Di Seluruh Negara Bagi Mereka Yang Terputus Bekalan Makanan” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes