Takwim persekolahan 2023 kekal bermula pada bulan Mac selepas mengambil kira pelbagai faktor.
Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin, pelbagai faktor diambil kira dalam penyediaan takwim persekolahan termasuk kebarangkalian banjir di negeri-negeri Pantai Timur pada hujung tahun susulan musim Monsun Timur Laut.
Baca juga:
- Pilihan Raya Umum Ke-15 Mungkin Akan Diawalkan
- Gardenia Bakal Naikkan Harga Produk Kali Kedua Tahun Ini
Cabaran paling besar bagi Lembaga peperiksaan adalah untuk menguruskan SPM sewaktu banjir kerana akan menyukarkan pelaksanaan peperiksaan dan masalah teknikal.
Selain itu, dengan pelaksanaan takwim sedia ada, sela masa bagi calon SPM yang telah menduduki peperiksaan tidak terlalu panjang seterusnya momentum pembelajaran pada pelajar berkenaan dapat dikekalkan.
Menurut Radzi juga, semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) perlu berusaha menukar persepsi masyarakat, pentadbir sekolah dan guru yang melihatnya sebagai “kumpulan datang ke sekolah untuk mencari kesalahan” walaupun situasi itu tidak berlaku.
Pihak PPD juga perlu turun ke sekolah untuk mendekati dan memahami masalah dihadapi guru-guru dan pentadbir seterusnya mengemukakan isu berkenaan kepada pihak atasan agar Kementerian Pendidikan dapat meneliti pendekatan yang boleh dilaksanakan.
Pendekatan ini adalah untuk membolehkan sebarang maklumat daripada bawah (pentadbir dan guru-guru) dan sebarang polisi daripada pihak atasan (kementerian) dapat dijelaskan kepada seluruh masyarakat.
Sumber: BERNAMA