Takwim Persekolahan 2021: Tarikh Perayaan & Cuti Sekolah 2021

Home » Portal Rasmi » Takwim Persekolahan 2021: Tarikh Perayaan & Cuti Sekolah 2021

Tarikh Perayaan & Cuti Sekolah 2021

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memuatnaik Takwim Persekolahan 2021 tarikh persekolahan setiap penggal, tarikh perayaan dan tarikh cuti sekolah bagi Sekolah Kerajaan & Sekolah Bantuan Kerajaan.

Portal Malaysia ingin berkongsi Takwim Persekolahan 2021.

Baca Juga: Jadual Bantuan Khas COVID19 (Kategori Miskin Tegar, B40 & M40)

Dengan kekangan wabak COVID-19 yang sedang melanda, permulaan takwim persekolahan telah ditunda kepada tarikh berikut:

Lanjutan PdPR Mei 2021

Pada bulan Mei lalu telah diumumkan bahawa PdPR akan dilanjutkan lagi sehingga Cuti Pertengahan Penggal.

Cuti pertengahan penggal bakal bermula dari 16 Julai sehingga 25 Julai bagi kumpulan A, manakala bagi Kumpulan B bermula dari 17 Julai sehingga 26 Julai 2021.

Jadual Lengkap Penggal Persekolahan 2021 – Kumpulan A

Negeri-negeri Kumpulan A termasuklah semua sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Jadual Lengkap Penggal Persekolahan 2021 – Kumpulan B

Negeri-negeri Kumpulan B termasuklah semua sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Baca juga: Lupa Password (Kata Laluan) / ID i-Akaun KWSP : Cara Kemaskini

Dengan merujuk Takwim Persekolahan 2021 ini, bolehlah ibu bapa, guru dan pelajar membuat perancangan yang sebaiknya dengan program-program yang bermanfaat.

Tarikh Perayaan & Cuti Sekolah 2021

  • KPM juga telah menyelaras tarikh-tarikh cuti perayaan bagi sesi persekolahan 2021.
  • Dalam jadual di bawah inidisertakan bersama tarikh cuti sekolah yang melibatkan cuti perayaan tahun 2021 seperti Tahun Baru Cina , Hari Raya Aidil Fitri, Hari Kaamatan, Hari Gawai Dayak, Hari Krismas serta Hari Deepavali.
  • Semua sekolah hendaklah mematuhi peruntukan cuti tambahan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sempena perayaan utama bagi sambutan Tahun baru Cina, Hari Raya Aidil Fitri dan Deepavali.
  • Peruntukan cuti tambahan tidak perlu diganti.

Semoga perincian cuti sekolah & tarikh perayaan yang dimaklumkan ini dapat memberi panduan kepada semua untuk merancang aktiviti tahunan pada tahun 2021 nanti.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk Takwim Persekolahan Tahun 2021 & kenyataan terkini oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di laman web https://www.moe.gov.my/.

Disclaimers – Bahan yang portalamalaysia share diatas merupakan tutorial dan rujukan artikel related dengan “Takwim Persekolahan 2021: Tarikh Perayaan & Cuti Sekolah 2021” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!