Pada tahun ini 2020, banyak perkara yang melanda di negara ini dan salah satunya adalah wabak COVID-19 yang memberi kesan kepada masyarakat dan negara.
Oleh itu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat penjadualan kali kedua takwim peperiksaan kendalian KPM bagi tahun 2020 berdasarkan Pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020. Selanjutnya saya membuat perkongsian info tentang perkara berikut :
Penjadualan Semula Takwim Peperiksaan
Pada 28 Mac 2020 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), KPM telah mengumumkan penjadualan semula kali pertama peperiksaan bawah kendalian KPM.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Pada 15 April 2020, Menteri Kanan Pendidikan telah mengumumkan tarikh peperiksaan awam akan ditundakan kepada suku pertama tahun 2021 setelah mengambil kira pelanjutan PKP dan perkembangan semasa penularan wabak COVID-19.
Inisiatif ini diambil bagi mebolehkan pelajar membuat persediaan rapi dan mempunyai tempoh pembelajaran yang mencukupi untuk menduduki peperiksaan. KPM telah mengambil kira keperluan untuk mengatur semula pelbagai aspek logistik bagi tujuan peperiksaan tersebut dan memperincikan tarikh permulaan sesi persekolahan sesi 2021 bagi memastikan sesi persekolahan berjalan dengan lancar.
Berikut saya kongsikan takwim peperiksaan bagi tahun 2020 yang telah dijadualkan semula :
Tarikh Peperiksaan SPM / SPMU / UPBA / MPAK / SVM (sesi 1 dan 2) 2020
Tarikh Peperiksaan SVM / STPM /STPM Kohort 2020
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk talian Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah :
No Telefon : 03 – 8000 8000
Email : [email protected]
Website : http:/www.moe.gov.my