Portal 1Malaysia
Portal 1Malaysia
Portal 1Malaysia

Takwim Penggal Persekolahan Baharu 2020

by portalmalaysia
February 9, 2023
in KPM
A A

Memandangkan keadaan di Malaysia semakin pulih  dan kes penyakit COVID-19 semakin berkurangan hari demi hari dari. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengutuskan bahawa sekolah akan dibuka semula bagi sesetengah pelajar yang akan menduduki peperiksaan penting. Di bawah saya kongsikan info tentang pindaan takwim penggal persekolahan tahun 2020 :

Senarai Kandungan

  • Pindaan Takwim Penggal Persekolahan Baharu 2020
  • Takwim Bagi Kumpulan A
  • Takwim Bagi Kumpulan B
  • Lampiran Cuti Perayaan

Pindaan Takwim Penggal Persekolahan Baharu 2020


Pada 24 Jun 2020 (Rabu), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan pembukaan semula sekolah yang melibatkan murid Tingkatan 5 dan 6. Ini oleh kerana mereka akan menduduki peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia  (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan peperiksaan antarabangsa yang setara.

Lihat Juga  Semakan Matrikulasi

Untuk membantu pihak sekolah membuat perancangan pelajaran dan pembelajaran murid, KPM telah membuat pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020. Berikut adalah pindaan-pindaan yang telah dibuat dan dikurangkan:

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

  • Bagi sekolah-sekolah Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) Cuti Pertengahan Penggal 2 telah dikurangkan daripada 9 hari kepada 5 hari  dan Cuti Akhir Tahun telah dikurangkan daripada 42 hari kepada 14 hari.
  • Bagi sekolah-sekolah Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya) Cuti Pertengahan Penggal 2 telah dikurangkan daripada 9 hari kepada 5 hari dan Cuti Akhir dikurangkan daripada 41 hari ke 13 hari.
Lihat Juga  10 Simbol Kecemasan Ini Menyala Ketika Kita Sedang Memandu

Oleh itu, berdasarkan pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020 jumlah hari persekolahan secara bersemuka adalah sebanyak 168 hari bagi semua sekolah. Dan dibawah adalah bilangan hari pembelajaran di rumah semasa tempoh PKP, PKPB dan PKPP mengikut kumpulan :

  • Bagi kumpulan A, bilangan hari pembelajaran di rumah adalah sebanyak 56 hari
  • Bagi kumpulan B, bilangan hari pembelajaran di rumah adalah sebanyak 55 hari.

Bilangan hari tersebut hanya terpakai kepada murid Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 sahaja sementara murid yang lain bergantung pada bila akan mereka kembali ke sekolah. Lihat info seterusnya utuk lampiran takwim bagi setiap kumpulan dan cuti perayaan :

Lihat Juga  Bantuan Awal Persekolahan BAP RM150 Untuk Semua Murid - KPM

Takwim Bagi Kumpulan A


Takwim Penggal Persekolahan Baharu 2020 1

Takwim Bagi Kumpulan B


Takwim Penggal Persekolahan Baharu 2020 2

Lampiran Cuti Perayaan


Takwim Penggal Persekolahan Baharu 2020 3

 *Muat Turun Takwim Jadual Penuh

Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak kepada anda tentang maklumat persekolahan semasa. Semoga anda atau anak-anak anda yang menduduki peperiksaan SPM dan STPM dapat mencukupi tempoh pembelajaran bagi persediaan sebelum menduduki peperiksaan dan semoga semua sesi persekolahan berjalan dengan lancar.

No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Data Protection Notice
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Sitemap Portal Malaysia
  • Term & Condition

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3

  • 0shares
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Facebook Messenger
  • Facebook
  • 0shares
  • 0
  • 0
  • 0
  • Facebook
  • Facebook Messenger
×