Tahukah anda, taktik terbaharu scammer iaitu menggunakan nombor telefon dari premis tetap untuk mengelirukan orang ramai. Malah, ada yang dah terkena dengan scammer yang mendakwa mereka adalah pegawai LHDN dengan menggunakan operator dan mempunyai maklumat peribadi orang yang dihubunginya.
Oleh itu, orang ramai diingatkan agar lebih berhati-hati dan jangan terpedaya dengan taktik scammer LHDN. Selain itu, LHDN juga tidak akan menyambungkan penggilan ke agensi lain seperti PDRM, Mahkamah, dan lain-lain.
Jadi, apa anda boleh buat untuk mengelakkan penipuan scammer?
Baca juga:
Taktik Baru Scammer:
Baru-baru ini ramai diantara pengguna-pengguna di Twitter berkongsi pengalaman bahawa mereka telah menerima panggilan individu yang menyamar sebagai pegawai LHDN memaklumkan bahawa mereka mempunyai cukai tertunggak.
Salah seorang dari mereka telah mengambil inisiatif untuk mengesahkan perkara tersebut melalui pihak LHDN sendiri.
Pihak LHDN mengatakan bahawa nombor telefon itu bukan dari pihak mereka.
Cara Elak Ditipu Oleh Scammer:
Berikut merupakan cara-cara untuk mengelak dari ditipu:
Langkah 1: Jangan percaya jika ada individu mendakwa mereka sebagai pegawai bank, polis, LHDN dan meminta anda mendedahkan sebarang maklumat peribadi.
Langkah 2: Matikan telefon jika mencurigakan.
Langkah 3: Buat semakan nombor telefon tersebut melalui laman sesawangg Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK).
Langkah 4: Bertanya sendiri dengan pihak polis, LHDN atau mana-mana agensi melalui nombor telefon rasmi atau laman rasmi agensi berkenaan.
Langkah 5: Anda juga boleh menggunakan aplikasi seperti TrueCaller untuk menyaring nombor telefon scammer.
Maklumat Lanjut:
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri atau hubungi di talian 03-8911 1000 untuk membuat semakan lanjut.