“Tak Pernah Mintak Barang Kemas Atau Wang , Cuma Perlukan Kesetiaan , ” – Ellie Suriaty


Selepas banyak gosip hangat muncul akibat daripada perpisahan pasangan selebriti Azri Iskandar dan juga Ellie Suriaty , kini Ellie berbicara dari hati bersama hos terkenal tanah air , Aznil Hj Nawawi.

Ellie Suriaty mendedahkan bahawa dia sudah tidak dapat lagi merasai kemanisan dalam rumahtangga sebelum berpisah dengan suaminya Azri Iskandar bulan lalu.

Rumahtangga yang dibina atas dasar cinta selama 19 tahun akhirnya ke titik noktah dan bermulalah episod apabula suaminya itu sudah siap sedia untuk mendirikan rumahtangga dengan wanita lain walaupun baru sahaj berpisah .

Ini memperlihatkan bahawa hubungan mereka sememangnya bermasalah dan Azri sangat mudah untuk move on dan melupakan isterinya yang selama ini bersamanya,

Berkongsi rasa sakit yang dialaminya itu , Ellie menjelaskan mengapa dia mengambil keputusan untuk mengundur diri kerana dapat merasakan perubahan bekas suaminya itu yang tidak mahu meneruskan kehidupan bersamanya.


“Saya kenal lelaki (Azri) ini 19 tahun atau 22 tahun termasuk perkenalan sebelum berkahwin. Jadi saya tahu perubahannya dari segi body language semua.”

“Jadi saya faham dan saya tak mahu bertanya kerana kita pernah laluinya. Kadang-kadang dia seperti tidak hidup di dalam rumah.”

“Dapat barang pre-loved pun suka kerana bagi saya momen itu bukan lagi barang atau material. Tak perlu pun terbangkan saya ke London atau Paris,” katanya.

Melalui program Hard To Heard  itu juga , Ellie sempat menceritakan bahawa sepanjang perkahwinan mereka , dia tidak pernah meminta barang kemas mahupun duit, sebaliknya hanya kesetiaan yang diperlukan olehnya dalam menjalani rumahtangga yang bahagia di sisi orang yang tercinta.

“Dia mudah kahwin dengan saya dan cerai pun mudah…Sepanjang hidup dengan dia saya tak pernah mintak seurat rantai, barang kemas, cincin berlian atau apa…”

“Apa yang saya perlukan kesetiaan, saya tak pernah mintak duit sebulan RM5,000 ke kerana wang bukan isunya… Its always about love,” katanya.

Ellie juga meluahkan perasaannya yang mana , dia sudah tidak mahu berharap untuk bersama lagi dengan Azri walaupun demi anak- anaknya kerana mereka sudah dewasa dan lebih memahami apa yang dialaminya.

Malah tidak mahu ikut campur dan mengambil tahu tentang keputusan Azri untuk berkahwin lagi dengan gadis yang lebih muda dan cantik daripadanya.

Ellie sekarang lebih tertumpu kepada kerjaya seninya yang masih diperlukan oleh industri dan akan lebih bahagia bersama anak- anak yang sentiasa menjadi tulang belakangnya.

Disclaimers – Bahan yang admin kongsikan dihalaman ini sekadar panduan dan rujukan yang related dengan ““Tak Pernah Mintak Barang Kemas Atau Wang , Cuma Perlukan Kesetiaan , ” – Ellie Suriaty” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia