Baru-baru ini, Pakar grafik kontroversi, Fahmi Reza memuat naik sebuah karya satira terbaharu yang memaparkan seorang lelaki bertanjak membuat tekan tubi di media sosial sehingga menarik perhatian netizen.
Menerusi perkongsian itu, ia seolah-olah dilihat Fahmi menyindir isu Tasik Chini yang terletak di sebuah negeri Pahang apabila dikatakan tidak memenuhi kriteria Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) baru-baru ini.
Grafik sindir Tasik Chini, Fahmi tak serik!
Perkongsian itu menerima banyak kritikan dan cemuhan di kalangan warganet di mana ramai mengatakan Fahmi tidak berhenti berkongsi karya yang berbaur sindiran dan menghina terhadap Seoarang Pemangku Raja Pahang iaitu Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatudin Al-Mustafa Billah Shah.
Netizen meminta Fahmi berhati-hati kerana dia mesti akan dikenakan tindakan undang-undang seperti kes yang lalu.
Tak perlu buat laporan polis. Saya suka grafik ini – Tengku Hassanal
Bagaimana pun perkongsian ini dapat perhatian Tengku Hassanal sendiri, Baginda turut berkongsi semula grafik berkenaan di Aplikasi Instagram rasmi milikyna.
Baginda telah menggesa mana-mana pihak untuk tidak melaporkan kepada polis berhubung grafik tersebut. Ia kerana baginda menyukai karya tersebut.
Harap lepas ni PDRM tak buang masa layan terhadap karya satira aku…
Susulan itu, Fahmi berharap agar pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak membuang masa mereka bagi membuka kertas siasatan bagi kes ‘remeh’ seperti ini lebih-lebih ia mendapat sambutan daripada Pemangku Sultan Pahang sendiri.