Tahun Baru Cina 2023


Tahun Baru Cina merupakan salah satu cuti umum utama di semua negeri di Malaysia, di mana cuti ini diberikan sebanyak 2 hari dalam kalendar am.

Tarikh Tahun Baru Cina akan berubah setiap tahun kerana ia mengikut tarikh dalam kalendar lunar, tetapi ia biasanya jatuh pada awal tahun pada bulan Januari atau Februari.

Sambutan Tahun Baru Cina ini disambut secara besar-besaran dan suasana begitu meriah di Malaysia memandangkan hampir 1/4 rakyat Malaysia adalah berbangsa Cina.

Semakan : Bantuan Tunai Rakyat

CNY Tahun Baru Cina 2023


Dalam kalendar Cina, terdapat 12 haiwan yang mewakili setiap zodiak iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi; haiwan ini harus mewakili watak tahun itu dan mereka yang dilahirkan di dalamnya.

Selain itu, setiap haiwan ini juga memberikan kepentingan dan tuahnya yang tersendiri.

Cuti Tahun Baru Cina 2023 Malaysia


Cuti CNY diperuntukkan sebanyak 2 hari di Malaysia.

Untuk tahun 2023, perayaan ini jatuh pada 22 Januari 2023 (Ahad). Oleh itu, cuti ini akan diteruskan ke tarikh berikutnya memandangkan hari kedua CNY ialah pada 23 Januari 2023 (Isnin) yang juga merupakan cuti umum.

Cuti : 20 Januari (Jumaat) – 24 Januari (Selasa)

kalendar-cuti-januari-2023

Menutup sambutan Tahun Baru Cina ialah perayaan Chap Goh Meh.

Cuti Sekolah Tambahan KPM


KPM memperuntukkan 1 hari cuti tambahan untuk sekolah Kumpulan A dan Kumpulan B.

Sila rujuk Cuti Takwim Sekolah KPM di sini.

Cuti Tambahan Tahun Baru Cina 2022 pada Kalendar KPM Sesi 2022 / 2023 berikut:

cuti sekolah cny

KUMPULAN A :


  • Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu
  • 24 Januari 2023 (Selasa)
  • Jumlah cuti : 5 hari [ Dari 20 Januari (Jumaat) hingga 24 Januari (Selasa)]

KUMPULAN B :


  • Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya
  • 20 Januari 2023 (Jumaat)
  • Jumlah cuti : 5 hari [ Dari 20 Januari (Jumaat) hingga 24 Januari (Selasa) ]

 




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3