Tahniah ! Ainul Aishah Kini Sah Bergelar Isteri


Setelah 5 tahun mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihan pada Mac tahun lalu , aktress berkulit hitam manis dan jelita , Ainul Aishah kini bergelar isteri.


Pasangan ini yang bercinta sejak April 2017 telah mengambil keputusan untuk berumah tangga setelah lama menjalin cinta dan merasakan sudah masa untuk hidup bersama dan mencipta memont bahagia bersama.

Ainul Aishah telah memilih seorang ahli perniagaan iaitu Khalid Redzuan sebagai suami dah telah dinikahkan dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di The Saujana Hotel, Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Aishah yang telah berkongsi tentang majlis pernikahnya di laman sosial miliknya memamerkan hantaran dan juga busana mewah miliknya menjadi tatapan umun dan mendapat pujian ramai.


Mereka yang memakai busana bewarna putih sedondon dilihat sangat cantik dan kacak dengan majlis serba mewah dengan rona puith juga menjadi perhatian ramai.

Rakan artis dan peminat turut menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan aktress itu agar perkahwinan mereka diberkati sehingga ke hujung nyawa.

Berjalan Lancar

Aishah juga meluahkan rasa syukur dan gembira diatas kelancaran majlisnya dan semuanya dipermudahkan pada majlis tersebut sehingga selesai.


BACA INI : “Tolong Hormati Wanita” – Netizen Kecam Dato Rosyam Nor Atas Tindakannya

Malah turut meluahkan rasa bertuah apabila diraikan ahli keluarga serta kenalan rapat yang pasti menjadi kenangan terindah serta mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

“Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, atas berkat doa semua..urusan majlis kahwin kami dipermudahkan dan berjalan dengan lancarnya.


“I am so thankful for everything,i am finally a wife to the most loving man. I am lucky to be around my beloved families & friends on my special day,” tulisnya.

Berkongsi tentang suami pilihannya itu , Aishah mengakui dia memilih suaminya itu kerana lelaki itu sangat penyayang dan begitu mengambil perhatian tentang dirinya.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3