Tahap-Tahap Diabetes


Dalam mengenali penyakit kencing manis ini, ianya terbahagi kepada beberapa jenis yang perlu kita ketahui iaitu :

💉Kencing Manis Jenis 1 (Diabetes Mellitus Type 1)

🔍[email protected] manis tahap 1 bergantung dengan rawatan insulin

✔️DM-I juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM – ‘Insulin Dependent Diabetes Mellitus’) atau diabetes awal remaja.

✔️ Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas.

✔️ Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simptom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja.

✔️Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.

✔️ Dalam 10% penghidap diabetes adalam dalam kategori jenis pertama

Kebanyak yang hidapi pada peringkat ini ini bermula di peringkat usia muda dan kanak-kanak serta faktor genetik. Selain itu ia disebabkan oleh pankreas yang menyerang bersama antibodi sedia ada lalu menyebabkan insulin tidak terhasil dalam tubuh badan kita

Lebih teruk apabila masalah ini tidak dirawat segera ianya dapat memberi kesan kepada salur darah ke buah pinggang, hati, mata serta sistem saraf

Paling kritikal jika ada hidapi diabetis jenis 1 anda mungkin alami sakit jantug, buah pinggang, buta mata, strok, serta ganguan sistem saraf.

💉Kencing Manis Jenis 2 (Diabetes Mellitus Type 2)

🔍Diabetes tahap 2 tidak bergantung pada rawatan insulin Pankreas dalam tubuh masih menghasilkan insulin akan tetapi tidak mencukupi dengan keperluan tubuh ataupun tubuh pesakit jenis 2 ini tidak dapat terima. Boleh beri kesan juga kepada salur darah ke buah pinggang, mata , hati dan sistem saraf sekiarannya tidak dirawat segera.

✔️DM-II boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan.

✔️Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan (suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).

✔️Dalam 85% penghidap diabetes adalam dalam kategori jenis pertama

💉Diabetes ketika Hamil (Gestational diabetes)

Tahap-Tahap Diabetes 2

✔️Diabetes ketika hamil merupakan sejenis alahan glukos yang dikenal pasti pada sebahagian wanita ketika mengandung.

✔️Diabetes ketika hamil sering didapati di kalangan orang Amerika keturunan Afrika, Hispanik/Latin, dan Red Indian. Diabetes ketika hamil juga biasa didapati dikalangan wanita kuat makan, atau wanita yang dari keturunan pengidap diabetes.

✔️Ketika mengandung, diabetes ketika hamil memerlukan rawatan untuk menurunkan paras gula dalam darah agar tidak memberi kesan kepada kandungan. Selepas mengandung, kebanyakan wanita 90% hingga 95% kembali sembuh. Sebahagian kecil pula antara 5% hingga 10% didapati mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua). Wanita yang mengalami diabetes ketika hamil mempunyai risiko 20% hingga 50% mengidap diabetes dalam tempoh 5 hingga 10 tahun. 

✔️Diabetes ketika hamil juga meningkatkan lagi risiko bayi mempunyai paras bilirubin yang tinggi (demam kuning) berbanding bayi normal.

 💉Diabetes bentuk lain

✔️Terdapat diabetes yang disebabkan oleh faktor genetik (peringkat permulaan dewasa), pembedahan, dadah, kurang zat permakanan, jangkitan, dan penyakit lain. Diebetes bentuk lain membentuk 1% hingga 5% daripada semua penyakit kencing manis yang dikenal pasti

Itu saja serba ringkas berkaitan penyakit kencing manis ini yang boleh kami kongsikan, jika ada sebarang kesilapan fakta atau penambahan, boleh ajukan diruang komen dibawah. terima kasih.

PENAFIAN: Bahan info diatas adalah ntuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan bertauliah mengenai kesihatan anda. Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera.


Leave a Comment

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3