Setelah diumumkan bahawa kebenaran perjalanan umrah ditangguh sementara mulai 8 Januari ini susulan peningkatan kes Covid-19 dalam kalangan jemaah umrah tanah air dan disebabkan terdapat virus baharu yang dikenali sebagai Omicron.
Disebabkan penangguhan itu, ianya mendapat maklumbalas daripada pelakon Syifa Melvin yang menyifatkan penangguhan tersebut bukanlah satu permulaan tahun baru yang baik buat dirinya yang sepatutnya ke Tanah Suci pada 20 Januari depan.
“Ini bukan permulaan yang baik buat saya. Saya sepatutnya berlepas ke Tanah Suci dan menunaikan umrah pada 20 Januari depan,” tulisnya.
Melalui perkongsian di Insta Story miliknya itu, Syifa turut mempertikaikan tindakan pihak berkuasa yang menangguh ibadah umrah namun penerbangan ke negara lain dibenarkan.
“Adalah perlu cucuk (vaksin) sehingga empat hingga lima kali ke baru nak lepas? Kalau pergi United Kingdom semuanya okey sahaja mengapa tiada pengecualian?
Mengakui sangat kecewa dengan kenyataan tersebut kerana perkara itu adalah suatu ibadah dan bukanlah sekadar berseronok seperti melancong. “Macam kita pergi buat dosa pula ya. Selepas varian Omicron apa pula? Kita tiada kuasa, jadi turutkan saja sehingga mencapai agenda mereka,” katanya.
Sebelum ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata keputusan kerajaan menangguhkan perjalanan umrah dibuat berdasarkan kepada data dan statistik kes semasa yang diperoleh dan telah memutuskan bahawa penangguhan dilaksanakan dengan segera bagi faktor keselamatan para jemaah haji.
Related Posts
- Shuib Akui Sedang Kenal Hati Budi Seseorang
- Digelar Dewi Remaja Paling Buruk oleh Netizen, ini nasihat Shaza Bae -“Boost your energy, creativiti dan ketepikan semua kata-kata negatif tersebut. Paling penting be better dan terbaik dari sebelumnya”
- “Kerap Sesak Nafas”, – Bob Lokman
- Perkongsian Video Terbaru Daripada Noor Nabila Jawab Persoalan Netizen Tentang Rumahtangganya
- Baby Shima Bergelek Sakan Dengan Pakaian Ketat , Penonton Jadi Malu Tengok Persembahan