Syarat Daftar Haji Dan Kos Tabung Haji


Menunaikan haji merupakan ibadah yang perlu dilaksanakan oleh setiap muslim yang mukallaf dan salah satu rukun Islam yang kelima. Sudah pastinya setiap muslim akan berniat dan teringin untuk menunaikan ibadat haji. Kewajipan seseorang untuk menunaikan ibadah haji apabila seseorang telah menepati syarat haji.

Kos dan bayaran untuk menunaikan haji juga merupakan syarat haji dimana menunjukkan mereka berkemampuan. Baca perkongsian di bawah untuk syarat dan bayaran kos menunaikan haji :

Syarat-Syarat Daftar Haji


Sudah pasti kita berniat untuk melakukan haji dalam masa yang awal. Berikut adalah syarat-syarat yang diperlukan bagi melayakkan pendeposit mendaftar haji :

✅Pemohon perlulah mempunyai baki minimum dalam akaun Tabung Haji sebanyak RM1,300

✅Tidak pernah menunaikan fardhu haji

✅Bagi yang berumur 12 tahun ke bawah, mereka perlu membawa dokumen pengenalan diri (MyKad) dan Sijil Kelahiran semasa melakukan pendaftaran haji di kaunter-kaunter Tabung Haji

Rujukan Semasa : https://www.tabunghaji.gov.my/ms/haji/maklumat-am/pendaftaran-haji-off

Kos Haji dan Bayaran

Kos haji ialah kos yang perlu dikendali dan dibayar oleh Tabung Haji bagi sesuatu tahun dan kos tersebut ialah kos -kos langsung pengendalian aktiviti-aktiviti asas untuk jemaah haji. Kos langsung ini terbahagi kepada dua berdasarkan jemaat haji. Berikut ialah kos langsung yang dikenakan bagi Jemaah Muassasah dan Jemaah PJH/THTS

⚜️Kos langsung bagi Jemaah Muassasah
✔️Kos penerbangan
✔️Kos pengangkutan
✔️Kos penginapan di Mekah dan Madinah
✔️Kos makan minum
✔️Bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi

⚜️Kos langsung bagi Jemaah PJH/THTS
✔️Kos penerbangan
✔️Kos pengangkutan
✔️Kos penginapan dan kos makan minum adalah tidak termasuk, dan ia dikendali sendiri oleh PJH/THTS

Bayaran haji ialah sejumlah wang yang dibayar oleh seorang jemaah haji kepada Tabung Haji untuk mebolehkan mereka menunaikan haji bagi sesuai tahun. Berikut ialah panduan bayaran haji bagi tahun semasa/Musim Haji 1441H2020M :

Kategori (Muassasah)

☑️Warganegara kali pertama menunaikan haji
✔️Kos haji : RM 22,900
✔️Tanggungan Kos Tabung Haji : RM 12,920
✔️Bayaran Haji RM9,980

☑️Warganegara telah tunai haji
✔️Kos haji : RM 22,900 + *RM2,200
✔️Tanggungan Kos TH : Tiada
✔️Bayaran Haji : RM 22,900

Rujukan : https://www.tabunghaji.gov.my/ms/haji/kos-haji-dan-bayaran

Last Update : Musim Haji 1441H / 2020M

Kos tidak langsung yang ditanggung oleh Tabung Haji bagi Jemaah Haji Malaysia secara percuma :

✏️Penerbitan buku dan risalah panduan haji

✏️Kursus-kursus haji

✏️Petugas haji kebajikan dan perubatan

✏️Kos berkaitan operasi haji di tanah air

✏️Perkhidmatan tambah nilai yang disediakan untuk Jemaah Haji Malaysia

✏️Ubat-ubatan

Pengeluaran wang di KWSP layak dibuat oleh bakal haji yang telah terpilih pada tahun semasa. Jumlah pengeluaran adalah berdasarkan baki simpanan dalam akaun Tabung Haji bagi tujuan mencukupkan Bayaran Haji (Muassasah).

Sebanyak RM3,000 sahaja had maksima pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP. Ianya tertakluk kepada syarat-syarat berikut :

🔍Ahli KWSP

🔍Mengemukakan surat tawaran haji ke pejabat KWSP

🔍Mengemukan Penyata Simpanan Tabung Haji ke pejabat KWSP\

🔍Berumur kurang 55 tahun

Kuota Haji

📝Pada tahun 1988 di Amman, Jordan, mesyuarat OIC (Organisation of Islamic Cooperation) telah diadakan dan membuat panduan bahawa terdapat kuota haji rasmi negara-negara dalam pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) termasuk Malaysia.

📝Kuota yang telah ditetapkan oleh Pihak Kerajaan Arab Saudi bagi setiap negara adalah pada kadar 0.1% daripada jumlah penduduk negara  berkenaan berasaskan perangkaan Prospek Populasi Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unted Nation;s World Population Prospect)

📝Justeru, kuota rasmi haji Malaysia adalah sebanyak 31,600 orang sahaja (berasaskan perangkaan penduduk Malaysia pada masa kini). Oleh itu, penawaran haji kepada rakyat Malaysia adalah terhad dan mengikut giliran serta keutamaan kelayakkan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan anda boleh rujuk ke :

[wp-svg-icons icon=”office” wrap=”i”] Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji, 201 Jalan Tun Razak (398.73 km)
50450 Kuala Lumpur, Malaysia

[wp-svg-icons icon=”phone” wrap=”i”] No tel : 03-6207 1919


mybsn
BKM

Leave a Comment

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3