Syanie Akui Tak Mampu Beri Zuriat Kepada Suami.


Pelakon dan juga pelawak terkenal yang telah membintangi banyak filem brgandingan dengan ramai artis popular tanah air iaitu Syanie meluahkan rasa syukur dan bahagia apabila dia dipertemukan jodoh untuk kali ketiga bersama suaminya yang kini bersamanya melayari rumahtangga yang bahagia.

Berkongsi rasa terharu dan sangat dihargai sebagai seorang teman hidup apabila suaminya itu boleh menerima dirinya seadanya dan tidak merasakan kekurangan dirinya sebagai isu yang besar  berikutan dia  sudah tidak boleh melahirkan zuriat.

Syanie yang pernah ditemui wartawan yang mana dia menjelaskan bahawa dirinya telah menjalani sebuah pembedahan membuang rahim dan ovari sekitar tahun lalu kerana terdapat masalah pada ovari dan uterus yang perlu dibuang.

Pembedahan dilakukan pada 29 April 2020 dan selamat menjalanai  operasi tersebut berkat doa dan sokongan daripada keluarga tercinta.

Dia memanjat rasa kesyukuran apabila masih diberikan kesempatan untuk hidup dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan dan banyak membantunya dalam proses pemulihan.

Berkongsi rasa terharu dan gembira , dia juga sangat berterima kasih buat suaminya yang sanggup menerima ‘kelainan’ pada dirinya setelah berumah tangga. Beruntung Syanie kerana bertemu dengan lelaki yang ikhlas menyayangi dan mengasihi dirinya tanpa mempersoalkan tentang perkara lain.

Jelas Syanie lagi atau yang nama sebenarnya Syaniza Hisham,47, dia sebenarnya tidak menyangka akan dipertemukan jodoh dengan suami tercinta, Zahril Hafiz Mohammed Nor pada 19 Februari lalu.

Berkongsi tentang penerimaan suami sebelum megambil keputusan untuk berkahwin Syanie ada menjelaskan bahawa dirinya sudah memaklumkan dan bertanyakan suaminya itu tentang kekurangannya dan suami tetap menerima dirinya seadanya.

“Sebelum ambil keputusan untuk berkahwin, saya ada bertanya pada suami sama ada dia boleh menerima kekurangan saya kerana saya tidak mampu lagi memberikannya zuriat”.

Malah mengatakan bahawa , “dia percaya bahawa Allah S.W.T telah mengaturkan segala-galanya dengan baik dan sempurna”.Seperti kata orang dulu-dulu, segala pertemuan dan perpisahan itu adalah dari ketentuan dariNya. Terima dan Redha pasti ada hikmahnya yang bakal tiba. Kita merancang tetapi Tuhan yang menentukannya.

“Kata suami, dia reda jika tidak dikurniakan rezeki zuriat kerana yakin bahawa Allah S.W.T mempertemukan jodoh antara kami bersebab. Supaya kami sama-sama menyayangi antara satu sama lain hingga akhir hayat.”

Alhamdulillah suaminya mempunyai pandangan yang baik dan ikhlas dan baik terhadap perhubungan mereka kerana rezeki itu milik Allah . Jika tiada rezeki kerana tidak mampu memiliki anak mungkin diberikan kasih sayang yang melimpah ruah dan juga harta yang mampu mengubat kelukaan hati. Pemberian Allah itu ada hikmah dan kebaikkannya. Terimalah dengan hati yang ikhlas pasti hati akan tenang di dunia dan akhirat.

Melalui perkongsiannya di media sosial, Syanie bakal muncul dalam sebuah filem terbaru berjudul Jaga-Jaga Senariounion  tidak lama sahaja lagi yang mana filem ini menampilkan kesemua ahli kumpulan senario yang pernah ada dalam kumpulan tersebut malah terdapat juga pelakon-pelakon yang pernah terlibat dalam filem senario sebelum ini.

Filem ini diarahkan oleh pengarah lagenda yang pernah menaikkan nama senario dipersada kegemilangan iaitu Aziz M.Osman.

Terdahulu , Syanie pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Attirmidi Abdul pada tahun 1996 sebelum berpisah pada tahun 2002.

Dia kemudian bernikah kali kedua dengan Nadi Putera Mohammad Zainol pada tahun 2014 namun bercerai pada tahun 2016.


Kedua-dua perkahwinan tersebut tidak pernah dikurniakan cahaya mata dan untuk perkahwinan kali ke tiga ini juga tidak akan dikurniakan anak kerana Syanie sudah tidak mempunya ovari serta rahim bagi merasai pengalaman untuk mengandung dan mempunyai anak kandungnya sendiri. Tetapi anak bukanlah aspek utama dalam membina rumahtangga bahagia. Penerimaan pasangan dan cara pasangan berkongsi dan memberi rasa gembira serta bahagia itu lebih penting agar hubungan lebih baik .

Disclaimers – Semua yang kami kongsikan diatas sekadar panduan tutorial dan rujukan yang related dengan “Syanie Akui Tak Mampu Beri Zuriat Kepada Suami.” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia