Suspek Pukul Di Tahfiz Ditangkap


Menurut Ketua Polis Daerah Lipis, Dua daripada lima lelaki yang disyaki ‘menyerang’ sebuah pusat tahfiz serta memukul pengajar dan pelajar pusat berkenaan berjaya ditahan polis hari ini.

Superintendan Azli Mohd Noor menambah lagi, kedua-dua suspek berusia 30-an berkenaan ditahan dalam beberapa serbuan di sekitar Damak di Jerantut hari ini.

Dikatakan kedua-dua suspek yang ditahan didapati positif dadah jenis methamphetamine dan turut disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.


“Kedua-dua suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan kawasan.

“Tiga lagi suspek masih dikesan termasuk seorang suspek utama yang telah dikenal pasti butiran peribadi dan usaha menangkap suspek sedang dipergiatkan.”

 




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3