Download Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah 2020

Contoh surat tidak hadir ke sekolah yang kami kongsikan ini boleh anda jadikan rujukan in case anak anda ada urusan penting sehingga tidak dapat hadir ke sekolah pada hari tersebut.

Kenapa surat tidak hadir ke sekolah ini sangat penting? Hal ini atas sebab untuk memaklumkan kepada guru kelas anak anda dan ada alasan munasabah diberi, jika tidak datang tanpa sebab akan menyebabkan rekod kemungkinan akan dianggap sebagai “ponteng”.

Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah (Format Rasmi)

Di bawah kami kongsikan beberapa jenis surat tidak hadir ke sekolah pdf atau words tanpa sijil sakit yang boleh anda muat turun (download) dan edit sahaja jika perlu.

Cara menulisnya mestilah dengan format surat rasmi kerana yang hendak menerimanya adalah pihak sekolah yang merupakan institusi rasmi Malaysia.

contoh surat tidak hadir ke sekolah

Contoh 1 : Surat Tak Hadir Ke Sekolah Atas Urusan Keluarga

Abu Bin Bakar,

No. 70, Jalan Mega Jaya 1,

Taman Mega Jaya,

43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

———————————————————

Guru Darjah 1 Cerdik,

Sekolah Menengah Mega Jaa,

43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.                                              2 Disember 2020

Tuan / Puan,

Tidak Hadir Sesi Persekolahan Pada 1 Disember 2020

Merujuk kepada perkara diatas, dimaklumkan yang anak saya <NAMA ANAK> atas urusan keluarga.

2. Saya Abu Bin Bakar, bapa kepada <NAMA ANAK> dari Darjah 1 Cerdik dukacita memaklumkan bahawa anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada 1 Disember 2020.

3. Anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada tarikh berkenaan kerana perlu bersama keluarga menghadiri majlis perkahwinan abangnya di Johor/Ada pembacaan wasiat keluarga/ada konflik keluarga/ada urusan yang agak privasi berkaitan keluarga yang perlu diselesaikan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

………………………….

Abu Bin Bakar

Boleh edit melalui doc terus. Pasti anda ada perisian m.word.

Contoh 2 : Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Atas Urusan Kematian

Abu Bin Bakar,

No. 70, Jalan Mega Jaya 1,

Taman Mega Jaya,

43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

———————————————————

Guru Darjah 1 Cerdik,

Sekolah Menengah Mega Jaa,

43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.                                              5 Disember 2020

Tuan / Puan,

Tidak Hadir Sesi Persekolahan Pada 1-3 Disember 2020

Merujuk kepada perkara diatas, dimaklumkan yang anak saya <NAMA ANAK> atas urusan kematian.

2. Saya Abu Bin Bakar, bapa kepada <NAMA ANAK> dari Darjah 1 Cerdik dukacita memaklumkan bahawa anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada 1 Disember 2020 hingga 3 Disember 2020.

3. Anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada tarikh berkenaan kerana ada kematian keluarga terdekat yang kami sekeluarga perlu ziarahi. Sekiranya pihak sekolah ada sebarang pertanyaan berkaitan ketidakhadiran anak saya, boleh hubungi saya di  <no.fon waris> bagi mendapatkan kepastian.

4. Kerjasama Tuan/Puan amatlah saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

………………………….

Abu Bin Bakar

Boleh edit melalui doc terus. Pasti anda ada perisian m.word.

Contoh 3 : Surat Tidak Datang Ke Sekolah Kerana Sakit Perut Dll

Abu Bin Bakar,

No. 70, Jalan Mega Jaya 1,

Taman Mega Jaya,

43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

———————————————————

Guru Darjah 1 Cerdik,

Sekolah Menengah Mega Jaa,

43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.                                              5 Disember 2020

Tuan / Puan,

Tidak Hadir Sesi Persekolahan Pada 3 Disember 2020

Merujuk kepada perkara diatas, dimaklumkan yang anak saya <NAMA ANAK> kerana sakit perut/sakit kepala/demam.

2. Saya Abu Bin Bakar, bapa kepada <NAMA ANAK> dari Darjah 1 Cerdik dukacita memaklumkan bahawa anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada 2 Disember 2020 hingga 4 Disember 2020.

3. Anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada tarikh berkenaan kerana beliau mengalami sakit perut/sakit kepala/demam yang membuatkan beliau tidak terdaya untuk meneruskan sesi persekolah pada hari tersebut, dengan itu saya sertakan surat sakit dari doktor sekali. (kalau ada)

4. Kerjasama Tuan/Puan amatlah saya hargai

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

………………………….

Abu Bin Bakar

Note: Untuk alasan sakit, kalau boleh adakan sekali surat pengesahan doktor. Kalau contohnya anda pergi buat pemeriksaan anak anda di UTC, boleh dapatkan surat cuti sakit, tapi perlulah mendapat pengesahan doktor yang membuat pemeriksaan tersebut. (Amaran! : penipuan sijil sakit adalah satu kesalahan & boleh didakwa).

Boleh edit melalui doc terus. Pasti anda ada perisian m.word.

Contoh 4 : Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Kerana Balik Kampung

Abu Bin Bakar,

No. 70, Jalan Mega Jaya 1,

Taman Mega Jaya,

43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

———————————————————

Guru Darjah 1 Cerdik,

Sekolah Menengah Mega Jaa,

43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.                                             1 Disember 2020

Tuan / Puan,

Tidak Hadir Sesi Persekolahan Pada 2-4 Disember 2020

Merujuk kepada perkara diatas, dimaklumkan yang anak saya <NAMA ANAK> atas kerana balik kampung.

2. Saya Abu Bin Bakar, bapa kepada <NAMA ANAK> dari Darjah 1 Cerdik dukacita memaklumkan bahawa anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada 2 Disember 2020 hingga 4 Disember 2020.

3. Anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada tarikh berkenaan kerana pulang ke kampung 2 hari awal untuk menyabut hari perayaan. Sekiranya pihak sekolah ada sebarang pertanyaan berkaitan ketidakhadiran anak saya, boleh hubungi saya di  <no.fon waris> bagi mendapatkan kepastian.

4. Kerjasama Tuan/Puan amatlah saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

………………………….

Abu Bin Bakar

Boleh edit melalui doc terus. Pasti anda ada perisian microsoft word.

Contoh 5 : Surat Tidak Hadir Ke Sekolah (Pengecualian Disebabkan Wabak)

Abu Bin Bakar,
No. 70, Jalan Mega Jaya 1,
Taman Mega Jaya,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
———————————————————
Guru Darjah 1 Cerdik,
Sekolah Menengah Mega Jaa,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. 1 Disember 2020

Tuan / Puan,

Mohon Untuk Dikecualikan Anak Dari Hadir Ke Sekolah Disebabkan Bimbang Dengan Penularan <isi jenis wabak>.

Merujuk kepada perkara diatas, dengan segala hormatnya

2. Saya Abu Bin Bakar, bapa kepada <NAMA ANAK> dari Darjah 1 Cerdik dukacita memaklumkan saya tidak benarkan anak dalam jagaan saya untuk hadir ke sekolah atas sebab bimbang akan penularan wabak ………………. Yang semakin meningkat di kawasan…..

3. Tempoh pengecualian adalah sekitar 14 hari dari tarikh ini ………….. hingga ……………. Oleh itu, saya akan pastikan anak dibawah jagaan saya akan sentiasa berada dirumah sepanjang tempoh pengecualian beliau ke sekolah.

4. Kerjasama Tuan/Puan amatlah saya hargai.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,

………………………….
Abu Bin Bakar

Boleh edit melalui doc terus. Pasti anda ada perisian m.word.

Penafian – Semua artikel admin share diatas merupakan tutorial dan rujukan artikel berkaitan dengan “Download Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah 2020” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Leave a Comment

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!