5 Contoh Surat Pengesahan Majikan & Jawatan

Contoh Surat Pengesahan Majikan dan Jawatan. Maksud surat pengesahan majikan ni adalah surat yang mengesahkan bahawa pekerja tersebut bekerja di syarikat berkenaan. Didalam surat ini perlu dipaparkan maklumat pekerja, jawatan, tempoh perkhidmatan, gaji dan sebagainya yang berkenaan.

Manakala surat pengesahan jawatan pula adalah proses dimana pengesahan lantikan seseorang pekerja yang mana telah bersetuju untuk menerima tawaran pekerjaan jawatan kosong ke jawatan tetap dan memenuhi syarat tawaran pekerjaan. Kebiasaannya, pengesahan jawatan dilakukan dalam tempoh sebulan hingga 6 bulan dan mungkin menjadi lebih lama bergantung pada prestasi pekerja tersebut.

contoh surat pengesahan majikan format

CONTOH SURAT PENGESAHAN MAJIKAN DAN JAWATAN MUDAH

SURAT PENGESAHAN JAWATAN

CONTOH 1

PENGURUS
ABC SDN BHD,
06000 ALOR SETAR,
KEDAH DARUL AMAN

Tuan,

PERKARA : PENGESAHAN JABATAN PENGURUS
Nama: MAT BIN ALI
No. K/P: xxxxxx-xx-xxxx

Adalah diperakui dan disahkan bahawa penama di atas adalah kakitangan kami yang berjawatan sebagai Eksekutif (Pentadbiran). Kami dengan ini mengesahkan perkara-perkara berikut:

I. Telah berkhidmat selama 10 tahun.

II. Taraf jawatan TETAP dan disahkan dalam jawatan pada tahun 2002.

III. Gaji : RMxxx

Elaun Tetap : RMxxx

IV. Beliau bukan seorang bankrap dan tiada terdapat sebarang hukuman atau dakwaan terhadap beliau. Beliau juga bebas dari sebarang tindakan disiplin atau menunggu sebarang tindakan Jabatan atau perbicaraan di mana-mana mahkamah.

MAJIKAN

Nama:
Jawatan:
Tarikh:


CONTOH 2

Ruj. Tuan:
Ruj. Kami:
Tarikh:

PENGURUS
ABC SDN BHD,
06000 ALOR SETAR,
KEDAH DARUL AMAN

Tuan,

SURAT PENGESAHAN JAWATAN DAN BUTIR-BUTIR PERKHIDMATAN

Dengan ini disahkan bahawa penama di bawah merupakan pegawai kami di Syarikat …………………………………………………………………………………………………………………. Berikut adalah butir-butir perkhidmatan beliau:

Nama :
No. Kad Pengenalan :
No. Pekerja/No. Gaji :
Tarikh Mula Berkhidmat : (hh/bb/tt)
Tarikh Meletak Jawatan : (hh/bb/tt)
Jawatan :
Bahagian :
Status Jawatan : (Tetap/Kontrak/Sementara/Sambilan)
Gaji Pokok :
Gaji Pokok : (termasuk elaun)
Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(Nama Pegawai Yang Mengesahkan)
Nama dan cop syarikat.

Lihat juga : Contoh Surat Rasmi


CONTOH 3

Tarikh: xxxxxxxxxx
Kepada yang berkenaan,

Tuan/Puan,

PERKARA : PENGESAHAN PEKERJA MAT BIN ALI

Adalah diperakui dan disahkan bahawa penama di atas, MAT BIN ALI, No kad pengenalan: xxxxxx-xx-xxxx merupakan kakitangan kami yang berjawatan sebagai Eksekutif (Pentadbiran) dan telah bertugas sejak dari tahun 2009 sebagai pekerja am dengan purata pendapatan sebanyak RM xxxx.xx.

Sekian, terima kasih.

Yang benar

PENGURUS BESAR SYARIKAT


CONTOH 4

SURAT PENGESAHAN PEKERJA MAT BIN ALI
ABC SDN BHD,
06000 ALOR SETAR,
KEDAH DARUL AMAN
NO. TEL:

Adalah diperakui dan disahkan bahawa penama di atas, MAT BIN ALI, No kad pengenalan: xxxxxx-xx-xxxx telah bertugas sejak dari tahun 2009 di ABC SDN. BHD sebagai pekerja am dengan purata pendapatan sebanyak RM xxxx.xx.

(NAMA PENGURUS)
JAWATAN
XYZ SDN BH


Antara sebab kenapa perlunya sesebuah majikan membuat Surat Pengesahan Majikan & jawatan ini kepada pekerja adalah untuk memberi ruang kepada pekerja membuat pinjaman bank, pinjaman perumahan RUMAWIP, sambung belajar, buka akaun bank dan banyak lagi, yang membuktikan seseorang itu ada prove tentang pekerjaan yang sedang beliau lakukan.

Sila pastikan juga surat pengesahan yang dibuat mempunyai tanda tangan atau cop yang SAH oleh pengurus syarikat tertuamanya, juga diingatkan penipuan dalam membuat surat pengesahan adalah kesalahan yang amat berat.

Semoga dengan perkongsian Portal Malaysia mengenai Contoh Surat Pengesahan Majikan dan Jawatan ini dapat membantu serta menjadi panduan kepada korang yang memerlukan.

Disclaimers – Bahan yang kami kongsikan dihalaman ini hanyalah panduan tutorial dan ringkasan yang berkaitan dengan “5 Contoh Surat Pengesahan Majikan & Jawatan” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Leave a Comment

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!