Contoh Surat Pelepasan Bekerja & Kebenaran Rentas Daerah / Negeri ketika PKP & PKPB 2021
PKP 2.0: Jika anda perlu hadir ke pejabat atau merentas daerah/negeri ketika PKP/PKPB kerana urusan penting, disini kami sediakan Contoh Surat Pelepasan Bekerja PKPB / PKP & Borang Permit Rentas Negeri untuk rujukan.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah ditamatkan pada 4 Mac 2021 kecuali Nabawan, Sabah dan telah bertukar status ke PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) dan PKPP( Perintah Kawalan Pergerakan pemulihan) bagi sesetengah negeri.
Di sini kami sediakan Contoh Surat Pelepasan Bekerja PKPB / PKP dan Borang Permit Rentas Negeri yang perlu disediakan untuk memudahkan urusan anda nanti.
Sila ke Portal Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai Perintah Kawalan Pergerakan, kami harap perkongsian kami dapat membantu anda.
Baca juga: Bayaran GKP PERMAI RM1,000 Pada 25 Mac 2021 Ini!
Senarai Kandungan
Contoh Surat Pelepasan Bekerja PKPB
Dalam tempoh PKPB / PKP, pekerja-pekerja yang diberi kebenaran untuk merentas daerah atau negeri dengan syarat mesti MEMPUNYAI pas pekerja yang sah atau Surat Pelepasan Bekerja (Surat Kebenaran) dari majikan.
NOTA:
- Negeri PKP
- Nabawan, SABAH
- Negeri PKPB
- SELANGOR
- JOHOR
- KELANTAN
- W.P. KUALA LUMPUR
- PULAU PINANG
- SARAWAK
- Negeri PKPP
- KEDAH (Kecuali Mukim Kuala Muda & Kulim [PKPB])
- NEGERI SEMBILAN (Kecuali Seremban [PKPB])
- SABAH (Kecuali Nabawan [PKP])
- PERAK
- PAHANG
- TERENGGANU
- PERLIS
- W.P. PUTRAJAYA
- W.P. LABUAN
- MELAKA
Baca juga: Tarikh Perayaan & Cuti Persekolahan 2021
Di bawah ialah Contoh Surat Pelepasan Bekerja PKPB / PKP yang digunakan sekiranya anda terdapat tugasan yang perlu dilakukan di pejabat atau di luar daerah / negeri.
(Sila Gunakan Letter Head Syarikat)
Nama Penuh:
No K/P :
Tarikh :
Kepada Pihak yang Berkenaan,
Tuan/Puan,
PERKARA : SURAT KEBENARAN PELEPASAN PERJALANAN KEPADA PEKERJA BERTUGAS DALAM TEMPOH PKPB/PKP COVID-19
Merujuk perkara di atas dengan ini pihak majikan mengesahkan bahawa penama di atas adalah pekerja syarikat kami yang bertugas di syarikat beralamat :
(_____Isikan alamat syarikat________)
2. Sehubungan dengan itu, pihak kami berharap jasa baik pihak pertugas Covid-19 untuk memberikan kebenaran dan pelepasan kepada pembawa surat ini untuk melaporkan diri bekerja bagi tempoh PKP 2.0 ini dilaksanakan.
3. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau pegesahan, sila hubungi pegawai kami dari Jabatan Sumber Manusia seperti senarai nama dibawah
Nama HR & Nombor Telefon :
Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan, terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian.
Terima Kasih.
Yang Benar,
_______________________
(Cop & Nama Syarikat)
Nama :
Pengurus Bahagian Sumber Manusia
Muat Turun Borang Permit Rentas Daerah / Negeri PKPB/PKP
Borang kebenaran boleh dimuat turun di Facebook Polis Diraja Malaysia atau Portal Rasmi PDRM melalui pautan berikut:
Borang Permit Pergerakan PKP : KLIK DISINI
Borang Permit Pergerakan PKPB : KLIK DISINI
Sila ikuti langkah-langkah berikut bagi urusan permohonan kebenaran pergerakan anda:
- Sila muat turun Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) (mengikut status pergerakan negeri masing-masing) di Portal atau Sosial Media Rasmi PDRM;
- Mengisi borang dengan lengkap dua (2) salinan;
- Sila hantar dua (2) borang yang telah lengkap di balai polis untuk proses kelulusan.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan info terkini tentang SOP rentas daerah atau negeri, sila rujuk laman web rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN) di https://www.mkn.gov.my/.
Related Posts
- NASIONAL : Bantuan 1 Keluarga RM900 ~ Semakan & Agihan Bantuan Bermula September 2022
- SPA Buka Pengambilan 785 Jawatan Kosong Terkini Seluruh Malaysia ~ Minima SPM Layak Mohon! / Gaji RM1,500 – RM4,005
- Permohonan Rumah PPR Serendah RM124 Sebulan ~ Terbuka Untuk Seluruh Rakyat Malaysia
- Kemas Kini Maklumat Asas BKM 2022 Kini Dibuka ~ Ketahui Apa Yang Perlu Anda Lakukan
- Wang Tak Dituntut – Ramai Yang Dah Buat Tuntutan eGumis ~ Wang Milik Anda Yang Anda Tidak Sedari